Jom kita bersambung ke siaran ketiga untuk trip Yogjakarta...
Pada hari tersebut, jam 7am lagi Jito sudah pun menjemput kami di guesthouse. Akan tetapi kiteorang lewat sikit sebab breakfast hanya disediakan pada jam 7am. Ini hari kami nak masuk gua and kene berbasah-basahan. Disebabkan itu, Jito dah siap-siap pesan bawak sekali baju untuk tukar nanti. Siap sahaja breakfast, kami terus catwalk menuju ke kereta. Sebelum terus ke Gua Pindul di mana tempat kami akan buat tubing, Jito membawa kami ke Gunung Merapi dahulu. Wah tempat idaman nie!
Di sana kami akan menaiki 4wd dan enjoy journey 'suci dalam debu'. Satu pesan kepada mereka yang ingin berwisata ke sana, kalau boleh pakai topi, bawak sunglasses, long sleeve and pakai mask. Ini adalah kerana jalan kat sana semuanya berdebu. At least takdelah bila habis tour nanti, satu badan korang dah macam debu-debu cinta pulak nanti. Eh? Anyway, water bottle and mask ala-ala jerebu itu akan dibekalkan secara percuma. And one more thing, enjoy jeeeee... sebab bila anda semua nampak sahaja Gunung Merap, korang cam aaaaaaaa....antiknyewww! Ching pelat.
Harga untuk satu jeep ialah Rp350,000 sahaja. So untuk kami, divide la bertiga. Sebelum gerak, ambil mineral water bebanyak. Dah ready semua, kite naik lah jeep yang paling bergegar takde pintu ni ha...Memang adventure habis naik jeep ni. Kalau jenis tak reti duk diam boleh tercampak keluar. Kalau yang memang nak terkucil tu, boleh terkeluaq habis. So, bersiap sedialah before naik tu ye. but bagi aku, memang awesome. Saya suka bangat!
Sudah tiba jugak akhirnya
Boleh amik contact dorang di atas if nak ambil package yang sama
Next time kalau ada peluang ke Yogjakarta, aku nak amik pakej yang nie. Ada trip ke landasan keretapi yang lama
Wehooooo! Kami dah ready
Siap-siap pakai mask jom. Comel habis kawan aku kat sebelah tu. Die masih single! PM sis nanti kalau berminat
Gigihlah duduk depan. Sebab takde penghadang di tepi
Guide kami
Kami ke destinasi pertama iaitu muzium original, yang merupakan antara rumah yang terkena letusan merapi. Hangusss... Rentung.... Sapi pun tinggal tulang. Sekitar kampung tu memang dah lapang. Yang tinggal debu sahaja. Katanya ade seorang warga emas yang kerjanyaaa menjaga kunci gunung. Beliau memang tahu bila gunung ni nak meletus dan macam-macam lagi. Kiranya beliau memahami perasaan gunung merapi ni. Ketika gunung nak meletus, beliau tidak mahu lari. Even sudah dipujuk oleh beberapa sukarelawan, namun beliau tetap tidak mahu berpindah sehinggalah...... Dan kini anak beliau yang menggantikan tugas menjaga kunci gunung tersebut.
Muzium original hasil dari tragedi letusan Gunung Merapi tahun 2010
Gigi sapi
Meow
Al-Quran
Kerusi yang masih utuh
Gunung Merapi ada di hadapan sana
Antara tinggalan yang menjadi tatapan ramai
Lava booooommm!
Gambar hasil tangkapan beberapa penduduk kampung dan wartawan yang berada di lokasi kejadian
Jam yang menunjukkan waktu kejadian
Motorsikal yang tidak sempat diselamatkan
Habis cerita kampung merapi, kite move ke Batu Alien. Batu ni ialah batu yang keluar dari perut gunung ketika meletus. Besar sungguh. Dan yang paling unik, batu ini berbentuk muka. Itulah sebabnya batu ini dipanggil batu alien. Ramai jugak yang berhenti di sini untuk mengambil gambar. Sebenarnya kalau kau duduk depan depan batu ni, susah jugak nak paham mana satu muka die. Tapi bila kau snap gambar, barulah kau akan nampak.dengan jelas bentuk muka yang ada pada batu tersebut.
Batu Alien - merupakan antara tarikan yang ada
Kampung yang dahulunya ranap disebabkan oleh letusan gunung berapi. Kini sudah pun mendapat penempatan yang baru
Jeep yang membawa pelancong
Abang jeep nak rehat sat
Seterusnya kami bergerak ke destinasi terakhir iaitu Gunung Merapi. Sejuk dingin sangat time tu. No wonder orang nak tinggal di kaki gunung ni. Even gunung ini masih aktif. Aku sempat juga melawat bunkers yang merupakan tempat persembunyian sukarelawan sewaktu gunung ini meletus pada tahun 2006. 2 orang sukarelawan tersebut meninggal dunia kerana keadaan bunkers tersebut tidak sesuai untuk berlindipung. ianya diperbuat daripada zink sebijik macam gudang. Bayangkan suhu lava atau abu pon dah mencecah 700darjah celcius. Memang dah ajal.
Aku bergerak berjalan menghampiri Gunung Merapi. Dari jauh aku dapat lihat keindahan gunung ini. View saling tak tumpah macam ketika aku diNew Zealand. Mungkin negara yang ada gunung berapi ni selalunya memang cantik-cantik kot. Yelah setiap yang berlaku pasti ada ganjaran kan? Habis snap snap gambar, kiteorang pun naik kereta and terus balik semula ke office. Dan kemudian naik van menuju pulak ke Gua Pindul.
Here we go to Gunung Merapi
Bunker yang paling hampir dengan Gunung Merapi
Info yang ada pada bunker
Suhu kat sini nyamaaannnn
View yang adooo
Sejukkk je mata memandang
Selfie pandang kanan sekeping
Bunga favorite
Ini kali, kita mahu caving dan tubing la temanyaaa... Selepas sejam perjalanan, kami pun tiba di Gua Pindul. Kekdahnya, dari satu tempat ke satu tempat, memang makan 'jam' jugak ye. Dats why, Trip Javanesia ni boleh aku katakan antara yang ze best sebab dorang pandai susun itinerary daebak-daebak. Jarang sekali aku amik tour-tour gini kalau aku travel. Namun, aku memang sangat berpuas hati dengan service mereka. Bersesuaian dengan konsep travel Cik Pora.
Okay, apabila kami sampai sahaja di Gua Pindul, kami perlu membayar Rp110k setiap seorang. Ada 3 tempat yang kami akan pergi - Trekking dalam Goa Sriti, Tubing di Gua Pindul dan Sungai Oya (Oyaaaaa ni memang favorite sangat). Semuanya view lawa hawau. Kalau tak caya korang boleh tengok gambar-gambar kat bawah. Biar gambar saja yang bilang sama kamu dong!
Kite fokus pada briefing dulu
Briefing sebelum masuk gua
Then kita naik lori pulak
Habis cavinggggg... Kita pergi tubing pulak
Dan bermulalah journey duduk atas pelampung
Apo sesak-sesak kat sana tu?
Habis cite dalam gua, kita sambung pulak kat sungai berbatu-bata nie
Di Sungai Oya, guide anda yang akan tarik pelampung tersebut. Ianya lebih tenang jika dibandingkan dengan di Goa Pindul tadi. Kat sini memang korang terlentang sahaja di atas pelampung. Dannnn, nikmatilah pemandangan disekeliling andaaaa. Sumpah best!
Lihatlah batu tuuuuuu... Unik
Batu-batu yang menghiasi Sungai Oya
Dan di sana jugak
Dare to jump?
Kita lalu sajok, tak berani nak try
Air terjun. Aku sempat turun sekejap sajaaa... Tadah kepala kat situ and walaaaaaa!
p/s : Untuk trip nie, aku kena pakai Sony cam waterproof je... Camera yang non-waterproof tak boleh masuk sini. So, kalau korang ada budget lebih, hire je photographer kat sini, nanti dorang bagi gambar gempak punya
Selepas berbasah-basahan, naik lori, terus pulang ke office tadi dan mandi bersihkan diri segala. Time tu pon hari dah nak maghrib. So journey pon makin gelap gelita. Sempat jugak kami singgah di Bukit Bintang dan Bukit Indah untuk menikmati pemandangan yang sangat meletop... Bak kata Jito, Palin Meletusss! Suasana malam di sini. Memang daebak. Dapat pulak jagung bakar, fuyooooo, memang win habis lahhhh...
Suasana malam di Bukit Indah dan Bukit Bintang
Hi Gunung Kidul
Malam tu, kami pulang agak lewat dan sempat jugak singgah beli makanan kat tepi jalan. Tema hari nie beli food and makan dekat kedai Mi Ayam sebab aku teringin nak rasaaa tau. Dan s kali rasa, memang nak lagi okay. Sedapbangat sih. Ketagih gueee. Sempat jugak merasa roti bakar. Hadiah hari ulangtahun katanyaaa. Cuweet angat. Tapi memang sedap la roti bakar ni. Insyallah, kalau aku ada modal, ingat nak jual jugak roti bakar tu kat Malaysia. Nanti korang janji support tauuu
Labels: Yogjakarta