Untuk next destination, kami check out awal pagi dan terus menuju ke negara seterusnya iaitu Slovenia. Dari Venezia Santa Lucia kami bergerak menuju ke Mestre menaiki train di Venezia St.Lucia station terus ke Mestre. Beli tiket di main office senang. Then, tanyalah segala benda nak tanya. Harga tiket tak silap less than €2/ pax. Untuk ke Ljubljana, setelah aku gigih study balik route and transport yang paling mudah from Venice, aku decide untuk beli GoOpti transfer yang sangat berpatutan. Die ala-ala minivan yang akan bawa korang direct ke Ljubljana. Plan asal ialah naik train, tram segala... Tapi setelah aku baca review yang dikongsi oleh orang ramai, aku rasa cam buang masa pulak. So, ikut kata hati, time aku kat Swiss, aku beli online sajok tiket GoOpti nie. Dengan review yang sangat sedikit, aku tawakal sahaja kepada Yang Maha Esa :)
Dan betul orang kata, sometimes kata hati lagi better dari facts. Wah bermadah sangat. Tapi aku sangat-sangat berpuas hati dengan servis GoOpti ni. Even time tu, aku agak krik krik jugak dengan instruction yang die bagi. And semua instruction adalah via SMS. So, bila keluar je di Mestre station terus cam blur tak sudah. Al-maklumlah, teman baru first time kot datang Mestre ni, so bila sampai je station Mestre tu, mengagau jugaklah kami duk ajukan soalan kepada orang ramai bagi mencari kepastian yang tepat gitchew. Takdelah nanti salah tempat and rugi duit bayar memahal - €38/pax ye. Kalau korang beli awal, memang lagi murah.
Kami berdiri menunggu di depan hotel The Plaza dari pukul 9am. Katanya Journey ambil masa lebih kurang 3 jam sahaja berbanding kalau naik train mau dekat 6-7jam, itu kalau tak sesat/salah naik train bagai lah. So, aku rasa biar spend lebih sikit, tapi sampai awal. So bolehlah kiteorang explore Ljubljana dengan masa extra yang ade itewwww... Dorang akan turunkan iut tempat yang korang pilih dalam selection of arrival destination yang ade. If takde, suruh je turun dekat train station. Senang cerita.
First time guna air cam gini. Pijak baru boleh keluar air
Station Mestre kiteewwwww! Beli tiket kat main office
Tips : Untuk menggunakan service GoOpti ni, korang kene visit website die - https://www.goopti.com/ and tentukan tarikh dan masa yang korang prefer untuk travel. Ikut pada departure, arrival segala. Harga adalah berdasarkan masa yang anda pilih. Macam kes aku, aku quite flexible untuk tunggu dorang from 9-12pm but I have to arrive before 3pm in Ljubljana. Untuk pick up point and arrival place, korang boleh select. in case hotel korang tersenarai dalam list yang dieorang cover, HUNTUNGLAHHHH!
Suka rim die
Kami tiba di Ljubljana main train station tepat jam 12pm. Not bad okay. Journey pun smooth sajok. Sepanjang jalan, dapat lalu highway dorang and view punyalah marvelous. Lepas driver turunkan kami di train station, dari situ, korang dah boleh reach old town dorang dengan berjalan kaki beberapa minit sahaja. Untuk penginapan di Ljubljana, aku pilih Hostel Tresor yang amat strategik dengan Old Town city. Dan harga pon agak murah. Tido dalam hostel 4 bedrooms. Okay lettew. Buat apa nak hotel-hotel bagai. Tido je kan. Masa selebihnya dihabiskan kat luar sana tu ha...Bila dah sampai di Hostel Tresor kami drop luggage and carik port untuk makan roti dengan serunding yang dibawa khas dari Malaysia sementara tunggu waktu untuk check in (2pm).
Tips : Book hostel ni aku guna booking.com je sebab aku dah entitle untuk dapat 10% discount. Mana taknya, aku palin banyak book segala accommodation thru booking.com. So, just nice untuk dapat more discount kan?
Kami sempat jugak berjalan-jalan di sekitar area Old Town sebelum pulang semula ke hostel untuk proceed dengan check in. Sebelah hostel ade supermarket and mall kecik, so memang kalau nak shopping apa-apa sangat mudah. Tepat kol 2pm kami settle segala urusan check in and terus chop katil yang ado. Pasang bedsheet bagai, keluar untuk explore bandar Ljubljana yang bagi aku agak relax and kecil je.
Dari train station tadi, kami menapak mencarik Copova Ulica street. 10 minit jugak berjalan
Ruang hostel kami
Harga bilik
Info paling penting - WiFi Password
Bilik saya
Untuk 4 orang
Kemas-kemas katil dulu
Iron section
Ruang lepak-lepak tengok TV
Tips : Matawang yang digunakan ialah Euro
Surprisingly, kebanyakkan orang-orang di Ljubljana nie fluent English teruk tau. Kalau negara lain, masaklah korang. Nak communicate bapaklah susah. Aku memang bantai cakap bahasa melayu je kalau dah encounter mereka-mereka yang memang tak reti ber-English education ini. Kau paham ke tak bila aku guna bahasa melayu, pepandai lah kite sesama pikir. Nak jugak aku gebang sana sini dengan bahasa kebangsaan kitewww. Apa ingat tak pandai English takleh gi Europe. Forget it okay!
Untuk haritu, kami just jalan-jalan around town die untuk carik benda-benda yang unik di sana. Ljubljana ni memang kelihatan tenang sangat. Tak ramai tourist dan local people dorang sangat friendly. Rata-rata yang datang sini adalah untuk menikmati beer dorang yang katanya sedap bangat. Aku idoklah rasa, orang je cakap. In terms of religions, Catholic tetap mendominasi negara ini. So, korang akan nampak banyak cathedral di area city centre mereka. Selepas berjalan-jalan, kami pulang semula ke hostel untuk berehat. Tiring bangat deh!
Old Town view - Ljubljana
Few bridge
European style itu masih ado
Nun jauh di atas sana
Cuaca panas
Masuk Tourist information office untuk tahu lebih info
Sang penghibur
Bandar yang tenang sajok
Beskal pun hado
Warga Ljubljana
Bandar mereka dikelilingi air. That's why bandar Ljubljana ini sering dikaitkan dengan dragon kerana mereka mempercayai dragon tersebut yang menyalurkan air kepada bumi Ljubljana. Itu kepercayaan mitos mereka.
Remind me of Amsterdam
All mine. Jom explore!
Ala-ala Venice, tapi versi modern sikit
Kitew makan ice cream sambil jejalan
Anything in this city
Kemas kalau compare dengan South East Asia
Tap water
Underneath pokok
Universiti kebanggaan Ljubljana
Kasut sapa tu woi?
Recycle bin yang sangat bagus
Pintu santek
Senibina yang sangat European style
Gothic - Kalau memalam baca, nangissss!
Rumah-rumah
Fountain
#selfie
Bestnya if in Malaysia we have more lepak place like this. Janganlah jadikan banyak lepak place adalah punca keruntuhan akhlak. If nak runtuh, anytime and anywhere boleh
Beautiful street art
Walking to new block
Really?
Salon dalam bangunan vintage
Cute awesome cafe
Kami masuk gallery kayu kayan
Just beautiful
City to fall in love ke?
Street art
Lepak. Overlooking this building. Hirup udara Ljubljana
Relax sekejap layan view camni, makes me think, dah lama jugak aku jelajah Eropah.
Suka ria warga Ljubljana
Sepet? Hadooooo
Nenen siapa ni?
Art berat
Ni lagi berat
Okay, ni tahap dewa punya berat. Die letak tepi jambatan je.
Bagi aku Ljubljana ni ada hasil seni mereka tersendiri. Unpredictable angat!
Dragon bridge, this is the reason why I put Ljubljana in my list
Ajet-ajet berada dalam bandar How To Train A Dragon
Kami bergerak pulak berjalan di sepanjang city yang ade
Okay, ni betul-betul kat tengah bandar
Untuk trip esoknya pulak, aku keluar seawal mungkin untuk catch direct bus ke Lake Bled. Lake Bled nie terletak sejam sajok dari bandar Ljubljana. Korang boleh beli tiket on the spot dengan harga €12.50 return trip/pax. Sepanjang trip, korang boleh layan view yang awesome giler. Lake Bled adalah stop paling last sekali. Nanti korang semua kene turun di hentian bus and berjalan tak sampai 5 minit sajok untuk lihat Lake Bled ini.
I love this building. Ni bangunan kerajaan tau. Unik die....Alahai sangat!
Tekan dulu
Waiting to cross the road
Yeehaaaa... Ke Lake Bled kite
Inilah tiket kami
Ikut platform anda yang betul. Tak sure? TANYAAA!
Bus tak penuh pun time aku naik
Sejuk mata memandang
Signboard kaler kuning
Sejujurnya tiada apa yang dikatakan menarik di tempat ini melainkan ada sebuah church yang terletak di tengah tengah tasik. Sekiranya korang nak visit church tu, korang kene naik boat lagi untuk ke tengah tu. Kalau sekadar nak amik gambar, korang boleh jalan sekeliling tasik tu for FREEE. KALAU MALAS JALAN, NAIK SAJOK SHUTTLE one way €4/ pax. Kalau nak beriadah sikit, boleh sewa basikal jugak. Macam-macam mode of exploration boleh anda semua lakukan untuk enjoy view Lake Bled.
Untuk aku, jalan kaki je pon dah okay. Even cuaca agak panas versi Malaysia tapi aku gigihkan jugak. Tasik ni besar gile hokey. But the view memang letops gaklah. Untuk tenangkan diri, boleh je lepak kat tepi tasik ni sambil nikmati pemandangan cantik cenggini. Yang pasti, orang memang tak ramai. Tiada istilah rebut-rebut tempat nak posing ngan geng-geng bukit (you what I meant). Dan time aku sampai tu pun, sunyi sepi je tempat ni. Tak ramai orang.Suasana? Biasa-biasa sajok.
Azman... Sampai ke sini kauuu!
Udah nyampei di bus station
Another option kalau anda malas naik bus
My first glance of Lake Bled
Something to try, but we were too early
If cold weather, memang gigih jugak nak duduk sini
Lake Bled Church
Abam jual strawberry
Di sebalik pepohon rimbun
If you want something romantic, why not?
Time kami jalan tu, hanya kami je yang gigih duk snap gambar kat sini. Kalau jenis photographer, this is your place!
Serene
Been looking for this. Makes me rindu akan dikau New Zealand
For memory
Kami spent dekat setengah hari jugak before pulang semula ke Ljubljana untuk ke castle mereka yang terletak di atas bukit. Jalan menuju ke castle die taklah mencabar mana, tapi disebabkan sunyi sepi, takdok orang, berpikir 2 kali gaklah nak naik. Takut tapi kalau kite tak try kite tak tahu kan. Dengan perasaan nak tahu apa yang ade kat atas tu, aku dan rakan gagahkan jugak diri untuk hiking naik sampai ke atas. Masalah jugak kalau bandar sunyi sangat ni. Perasaan gusar tu mulalah muncul beriya-iya.
Sunyi sepi
Almost patah balik, but kenapa nak takut pada something uncertain right? Just go!
Mendaki jalan membukit
Phewww! Apa kren tu buat? Ahaaa. Sebenarnya die duk angkut orang untuk lunch di atas awan. If perhatikan betul-betul, ada macam bumbung yang diangkut ke atas
Bandar Slovenia, Ljubljana. Background pergunungan Alps dilihat nun jauh di sana.
Pancit gile time nie!
Castle yang tersergam indah
Yeahh inilah bandar yang dikelilingi sungai
Jalan-jalan saja...Cuaca panas kalah Malaysia
Wow! Even tak se-adventure mana pun, but I'm still happy yippie decided untuk naik ke atas ni. The view.... Super wow! Dapat tengok hampir seluruh bandar Ljubljana. Bangunan-bangunan kat sini sama sahaja dengan bandar Eropah yang lain. Mereka masih lagi mengekalkan seni bina yang unik camtu. Tak perlu nak bina bangunan pencakar langit, yet mentality orang di sini tetap ke depan. Ahaaa...
Cukuplah kalau ade satu dua sajok bangunan tinggi, itu bukanlah batu pengukur kemajuan sesebuah negara. Yang mengukur itu semua adalah budaya dan cara pemikiran kite sendiri. Tak lupa jugak dengan pimpinan sesebuah negara tersebut. Ianya akan terus mencerminkan negara tersebut di mata dunia. Macam di Ljubljana, tiada pon bangunan nak cakar langit terus, tapi orang mereka cool and relax je. Takdelah cam stress beriya sangat.
Aku pon takleh nak judge beriya sebab aku baru duduk kat sini less than 2 days. Siapalah aku untuk judge mereka. Tapi bila aku lepak dan duduk ala-ala people watching gitu, terdetik terus dalam pikiran aku, ada keunikkan dalam negara Ljubljana ni yang mungkin tak ramai orang boleh appreciate. Kalau nak compare, memang tiada apa yang gah di sini melainkan castle, cathedral, buskers dan itu je. Mungkin baru nak membangun, tapi mereka sediakan banyak info tentang pelancongan yang pastinya memudahkan tourist yang datang.
Tenang. Itu je yang mampu aku describe tentang bandar Ljubljana. Tak perlu lama. Short escape will do. Orang orang di sini pon sangat baik kalau dalam bab membantu. Dorang sangat friendly and sangat welcome semua tourist yang datang. Kalau souvenirs, tiada apa pon yang korang boleh beli melainkan fridge magnet and harga sangat mahal. Range dalam 2.90€ seketul.
Berriesssss!
'Paddling bawak hanjeng
Kami tak lama di Ljubljana, esoknya terus naik train ke Sarajevo. Sebenarnya untuk ke Sarajevo, korang boleh pilih untuk menaiki bus atau pon train. Cuma time sahaja yang berbeza. Kalau naik bus, die akan bertolak malam-malam and sampai awal pagi. Manakala kalau naik train pulak, korang akan bergerak awal pagi and sampai dalam petang gitu. Harga tiket hampir sama je. Tak beza banyak - 47€ ke 49.20€ sajok. Journey takes about 12 hours. So buatlah pilihan anda ye!
"Stay tuned for next update sebab Cik Pora akan naik train 12 jam menuju ke Sarajevo, a place that leave me speechless"
Labels: Europe, Ljubljana