Ditambah pulak duit Swiss Franc (matawang di Swiss, dorang tak pakai Euro) naik mencanak ke boolan, memang agak terasa jugak lah. Apa-apa pun, meks nak habaq siket, even mahal melantun-lantun, wajar sekali dengan view yang korang akan dapat lihat. Lukisan terok! Okay-okay, aku tahu korang pun mesti tak sabar kan nak tahu lebih lanjut, apa kata kite sambung cerita jom. Let's layanzzz!
Around 6am camtu kami bangun dan siap-siap untuk check out dari Interlaken Youth Hostel. Penat tambah liat jugak duk nak bangun pagi kalau dah semalam kau marathon sakan dengan sangkut luggage beriya itu, tapi ianya bagaikan hilang terus dari kotak fikiran bila aku fefeling bukak je tingkap hostel and nampak view snowcapped mountain betul-betul depan mata aku. Rasa nak nangis. Subhanallah, cantiknyaaaaaa. Terus jerit pepagi kejut semua geng Cik Pora Travel& Tours *mampu?*
Bagi aku,memang meletop habis ye view dari bilik kiteorang. Dah lah bilik cantik gile,siap bilik air ada free sabun LUX (time mandi feeling terok rasa diri duta brand Lux, sebab sabun pon free khennn) dan sekarang view die walaweh,tak terkata tau. Sayangnya stay sekejap je dalam hostel ni. Eh chop, ni hostel tau bukan hotel,tapi memang gempak gile ye. Jakun. Ahaksss.... Siap semua, kami pun turun ke bawah untuk urusan check out.
Dari dalam hotel lagi, dah pikir ayat nak wayang sikit. Yelah, kalau diingatkan peristiwa cari nama sendiri kat meja reception tengah malam buta, dah macam perompak bagai, memang sedih hokey kehidupan. Nasiblah tak tido je kat sofa depan lobo. Ha yang tu lagi cedeh. Mesti tido pelok-pelok sebab sejuk. Belom lagi nganga sakan time tido, air liur sepai-sepai, adui, malu kat orang kampung.
Bila tiba di kaunter, aku terus bagi kad bilik berserta dengan sarung sekali yang ada nama glamer aku kat Swiss. And die pun duk cariklah nama si Pung Tai tu. Sebelum die duk gigih cari nama tu, aku pun cakap kenapa die tak letak nama sebenar aku? Penat tau aku carik sampai hujung jalan sana (uish siap tunjuk bagai tau) punyalah nak mengadu masalah kat Interlaken. And terus die cakap, did you enter the room using this card? Aku pun cakaplah Yes. Even it's not your name? Bistu, kaulah main bagi je nama tak glamer tu kat aku, aku terpaksa redha. Okay tak, aku jawab yes. Ha yakin tau jawapan. Tanpa was-was.
Tapi, semangat melayu aku takkan luntur di situ, aku terus cakap kat die yang aku dah keluar balik dari hostel ni bila tahu yang takde key nama aku. Aku jalan jauh gile untuk confirmkan dengan orang and then aku ikut segala instruction yang die bagi untuk late check in. Die siap tanya lagi, did you tell us about the late check in? Uish haruslah ada. Sebagai bukti, aku pun tunjukkan email yang aku print siap dengan semua conversation lagi. Rupanya orang yang selama ni aku duk email ialah lady yang tengah settlekan masalah bilik kami semalam. Ahaaaaaa.... Sedang elok lah tu.
Die pulak ingat aku, so apa lagi, memang tak salah lagi lah. Die terus suruh aku tunggu sekejap untuk die check everything. Kawan kawan die pun tolong sekali. Then, aku pon sebuk sebuklah tanya, is everything okay? Die pun cam cakap, something wrong here. You actually entered a room slightly expensive from the one you booked. No ensuite bathroom and no view obviously. Terus aku cam..Oooooo..patutlah rasa seronok je tido sakan bilik tu, rupa-rupanya si Pung Tai ni masyuk sikitlah dari aku. Orang ada-ada ni. So, untuk harga bilik tu, die jelah mampu. Aku? Kasta rendah sikit dari Cik Pung Tai ni. Aiyoooo! Bistu?
Kami saling berpandangan. Die pon tak tahu nak cakap apa lagi, so die pun akui yang die salah. Lagipun, pagi tu, hari sangat cantik. Cerah dan terang benderang. Die siap cakap, i should let you guys go now as today is beautiful day. Dont think bout the room, you just pay what you should pay. And we were like? Syukur, ini rezeki kami. Memang tak sangka okay. Meriah betul tido bilik mahal camtu kan. Apa apa pon, terima kasih Cik Pung Tai. Kalau kau tetiba menjelma malam semalam, memang aku rasa kau terpaksa tido kat lobi disebabkan bilik kau dah diambil. Rasa bersalah jugaklah, tapi inilah kot hadiah pingat-pingat untuk pemenang lari bawak luggage. Ching!
Pheww! Settle masalah hostel, Kami pun berlalu terus ke station keretapi untuk beli swiss pass half fare. Okay nak sembang sikit pasal swiss card ni, untuk first timer cam aku, memang pusing jugaklah nak compare mana 1 pass yang sesuai untuk kami. Aku akan sharekan calculation yang aku buat untuk panduan korang. Apa apa pun, if korang plan nak ke Swiss, better plan itinerary and berapa banyak trmpat nak cover. From there, barulah korang boleh tahu swiss pass mana yang sesuai untuk korang beli. Boleh visit here untuk more info pasal Swiss Pass : http://www.swisstravelsystem.com/en/tickets/ticketfinder-en.html
Camnilah format aku buat, kalau korang ade format lagi simple, silakan share. Nanti aku tepek sini untuk panduan umum.
Interlaken OST station
As for us, after further calculation, memang swiss half fare je yang rasanya okay dan reasonable. Lagipun, kami hanya nak ke Jungfraujoch tu je. So di kaunter korang kene sediakan passport, duit untuk beli swiss half fare and sekali dengan Jungfrau nye tix. Aku sebenarnya plan nak ke Jungfrau keesokkan harinya, tapi receptionist tadi duk recommend suh pergi harini sebabnya first time dalam bulan ni hari tak ujan. Dah berhari-hari hujan, so this is the best day to enjoy Jungfrau. That's why kiteorang pergi jugak Jungfrau. Rezeki Cik Poobritney.
Tips : Sila tengok forecast dulu before plan untuk ke Jungfraujoch. It totally depends on weather.
Saya dah dapat apa yang saya mahu!
Inilah journey to Top of Europe
Sawah padi ke? Haruslah tidak kan
Info berguna untuk jadi bahan bacaan dalam train
Santek tapi gegor
Bila pikir balik, Mungkin sunshine dari Malaysia datang menerangi Swiss gitchew. Ha jangan muntah pulak baca tu... Anyway, lepas dah beli pass berserta dengan tiket tu, kami terus keluar dari ticket office dan amik platform yang menuju ke Lauterbrunnen. Kalau nak citer pasal pekerja tiket dorang, memang kekwat gile tau. Nyampah jugak. Dah lah kecoh pastu bile salah eja nama aku, aku ni suh die tukar, terus aching-aching friendly. Ha takutlah tuu... Baru Pora Lambung gertak sikit, dah goyang. Eceh.. Tapi bila kite kat europe ni, kite akan jumpa macam-macam orang. Korang jangan sentap lah dengan cara dorang treat korang. If diorang kekwat, itulah good license for you to be kekwat too. Jangan nak rendah diri sangat hokey, kite pon ade hati dan perasaan. Apa ingat duit RM kite rendah, nilai diri kite di lantai? gile siap hasut orang hahahah!
Okay, nak citer pasal route ke Lauterbrunnen. Actually aku memang sengaja book tido kat Lauterbrunnen instead of Interlaken sebab nak enjoy ah-mazing view kat sana. Since tiket ke Jungfraujoch tu memang kene turun kat Lauterbrunnen so tak payahlah korang nak beli tiket asing-asing. Kat sini, tiada istilah mesin tiket yang korang kene validate everytime nak masuk or keluar. Dorang akan ade train attendant yang akan check tiket dalam train. So, macam kes kiteorang, untuk ke Jungfrau korang memang kene turun Lauterbrunnen pon. Inilah peluang kami untuk letak dulu bag kat hostel - Valley Hostel and terus ke Jungfrau pulak.
Lepas dah settle urusan letak bag, check in time pukul 3pm. Lambat lagi tau. So, berjalanlah kami semula ke station Lauterbrunnen untuk terus ke Jungfraujoch. Perjalanan amik masa lebih kurang 1 jam untuk ke atas. View memang cantik. Sejuk pun tak terkata jugak. Nasiblah kami memang dah prepare semua kelengkapan untuk naik ke atas tu. Kami ada jugak terserempak dengan beberapa orang Malaysia yang turut sama bertujuan untuk naik ke atas - Top of Europe katanya.
Sungai dan gunung. Macam mimpi kan?
Ayuh berhenti kat sini
Yeehaaa sudah sampai
Subhanallah, cantiknyaaa!
Check in jom!
Valley Hostel sajok. Memang recommended.
Suasana paling syahdu
Yuk ke Jungfrau jom
Timetable train
Bergambar kenangan. Tapi tangan tetap pegang tiket.
Boleh lipat. Aku pakai benda ni, simpan segala tiket next destination aku. Senang.
Aku suka negara Europe ni, especially yang dah kaya raya ni. Dieorang tetap old-skool kan?
Bila dah sampai kat atas tu, memang rasa cam wow.... Tak sangka dah sampai di Jungfraujoch yang selama ini hanya tengok dalam Tripadvisor je tau. Bersyukur sungguh rasa dalam hati. Even memang aku akui, Swiss adalah negara yang mahal aku pergi dalm list destination yang aku redah kasi pecah, tapi view die memang sesuai sungguh dengan harga yang aku bayar pon. Kirenya berbaloi jugaklah if nak spend lebeh sikit kat sini.
Rumah bawah gunung, kau rasa?
See... Ade air terjun lagik. Eeeee jelesnyaaa
Hi Wengen, esok kite singgah eh
Lain kali, korang duduk belah sana. Aku ni dah stuck ngan geng Kuch Kuch Hota Hai, so, dorang bagi aku berdiri je, nak langkah badan dorang untuk pergi tingkap belah sana, pandang macam nak kunyah
Ahaaaa inilah bumi Swiss
Dari jendela... Kau ghase?
Tukar train di Kleine Schneiger
Pekerja train pun ade style time turun train
Tapi ni bukan train weols
Macam dalam iklan kan?
Aku target tu bangsal orang tu
Ahaaa... Inilah train kami
Landasan train sampai atas gunung sana woi
Awan pun dah nak tutup gunung
Akhirnya train bergerak
Dan naik nun ke atas sana
Willkommen sie!
Sumpah tak caya dah sampai. Ni memang macam dalm movie
Before start tour dalam Jungfraujoch nye area, bacalah map ni and ikut number yang diberi
So meredah terowong lah kite
Observation area
Hanya besi ni je yang memisahkan aku dah tebing ice di bawah. Cuaca time ni around 10-11am. Nyaman woi!
Di mana-mana pun
Love love love
Aku dan Kak Mah tunggu lama gile untuk bagi clear semua orang
Lihatlah wahai warga Malaysia tercinta, fridge magnet die kau darab 3.80 *nangis*
Pelbagai jenis bentuk ade untuk buat souvenirs
Amik kaler merah banyak-banyak. Sedap gile!
Pijak jugak saya atas ais
Tunggu train nak pulang ke Lauterbrunnen
Thank you chocolate dari Jungfrau. Nanti ada kakak train bagi lepas die validate tiket
Suka betul train dengan tingkap luas gini. Luas sikit pemikiran, ahaks!
Tapi kalau amik gambar, yang tetappppp!
Lama jugak kami duk jalan-jalan atas tu sampai ke petang dan terus balik ke Lauterbrunnen. Kami sempat jugak singgah di Coop grocerries shop untuk beli bekalan dinner kami. Ini malam mau makan best best sikit tau... Terasa cam lama pulak tak masak kan. So bila ada kitchen ni. Inilah masa paling best untuk tunjuk skill masak masak. Hostel kami ni ramai korean yang duduk. So, bila duk masak sekali ngan dorang, memang rasa macam dalam Asian Next Top Chef tau. Masing-masing muka lagak tak mau kalah tunjuk menu dari tanahair. Ahahha!
Even semua pakai perencah, tapi gaya masing-masing palin confident, sesekali aku gesel2 jugak senduk tu kasi bunyi ching ching sikit. Konon konon ade cafe lah kat Malaysia. Alahai kalau bab drama sila lah bagi aku kan, memang palin mampu lah. Lepas habis makan, kami masuk ke bilik (6 shared bedroom). Kak mah paling best, kene naik rooftop punya katil, ala-ala anak paling nakal duk paling atas lah. Tapi view die marvellous. Tengok air terjun sajok, die lah paling feeling, wifi laju teruk. Tapi tengok cite Ayda Jebat? Apoooo cik pung noooo, jauh-jauh datang sampai ke Swiss, pilih tengok Ayda Jebat dari view gunung? #larikkkk
Malam tu kami tido dengan aman ditemani gunung ganang and air terjun yang sentiasa mengalir dari gunung. Indahnya ciptaan Tuhan. Sesekali dengar jugak bunyi keretapi yang lalu di tepi hostel kami tapi sampai tengah malam je, then no more.
Bersambunggg....