Europe Trip Cik Pora - Live Update gitu!

Hari ke 6 di bumi Eropah. Aku berada dalam train dari Praha menuju ke Ceske Budejovice sebelum langsung ke Salzburg. Shima dan kakak aku sedang lena tido. Aku terjaga sebab nak check takut-takut air liur terkeluar ke kat tepi bibir. Malu jugaklah kat orang depan ni. Hhihihi...

Anyway, sesambil aku layan pemandangan kat luar yang sangat cantik. Aku terus terpikir, apa yang membuatkan aku sampai ke sini. tak pernah pun aku masukkan Europe ni dalam wishlist before kawen ke, before 30 ke, before apa-apa pun.
Memang aku teringin nak pergi, cuma aku rasa bukanlah dalam tempoh masa yang sangat singkat untuk plan semua journey.

Bila dipikir balik, semua yang dirancang alhamdulillah berjalan dengan lancar. Tak satu pun buatkan aku mengeluh atau give up. Dan setiap yang selama ini aku rasakan mustahil, kini tak lagi. Terasa seakan jika hidup ni, kita usaha bersungguh-sungguh, baik pada orang lain dan dengar perintah Tuhan, insyallah semuanya tidak lagi mustahil.

Dan aku mensyukuri setiap langkah yang disusuri dalam menjelajah bumi yang aku anggap asing suatu ketika dulu. Mungkin ini jalan yang terbaik untuk aku. Mungkin apa yang terjadi sebelum ni, membawa aku untuk keluar dari kepompong selesa yang sebenarnya dicipta oleh kita sendiri.

Saat aku menulis ni, aku tak henti merindui dan berdoa agar Opahku yang sedang sakit di kembali sembuh seperti sedia kala. Ujian kali ni agak berbeza kerana aku dan kakak aku (turut join trip ni) bersama-sama berkongsi satu perasaan yang tak dapat kami luahkan. 

Sorrylah kalau post kali nie agak emo persis Jiwa Kacau (JK) sikit. Jangan risau, korang doakan aku berjaya meredah bumi Europe selama sebulan dan akan aku catatkan perjalanan ini untuk perkongsian bersama. Love you guys!




p/s : Gambar semua upload terus dari phone so inilah hasilnyaaa.


Labels: