Keluar sajok dari station tu, terus cam nganga sekejap, kenapa cantik
sangat bangunan kat Paris ni weyyy? Artistik teruk punya. Even duk carik
hostel tu, sempat jugak aku alert pasal segala benda benda berharga yang telah pun
disorok di tempat-tempat yang kalau ada yang nak seluk sana sini, memang awas ye.
Skill Silambam aku keluarkan nanti. Jangan main-main ye ahaks! Al-maklumlah,
ramai betul yang suruh berhati-hati kat area Paris ni. Bukan apa, eloklah kite
berjaga-jaga sebelum terkena kan?
Pasal lokasi hostel kami, memang aku blur terus. Nasib baik orang ramai
yang kami tanya tu dorang baik sangat untuk membantu. So, kami berjaya jugak
jumpa hostel kami yang sebenarnya sangat strategik. Alasan aku book kat sini bukan
sahaja sebab strategik tau. Tapi sebab nak dekat dengan train station. Kami berada
di Paris tak lama pun. Esok pagi, kami dah check out and terus naik train untuk ke
Brussels. So just nice if stay kat hostel yang berdekatan dengan train station nie.
Ada jugak aku dengar yang lokasi aku duduk ni sangatlah tak safe sebab
ramai orang kulit hitam dan kalau kat Malaysia dorang kata lokasi ni cam ala-ala
Lorong Haji Taib. Bila aku dengar camtu, terus eeerrrrr...Alamak, lorong cik cur ke
ni? Takleh lah aku bersidai sembarangan kat luar hostel malam nanti. Apa pulak
kata orang kampung nanti kan, ahaks! So, untuk langkah keselamatan, kami ingat
jalan ke hostel kami betul-betul. Mana lah tahu kalau sesat larat kang, memalam gini
kan... kite kan gegirl lagi. Ewah!
Bila sampai je di hostel kami, kiteorang hanya boleh letak luggage je.
Waktu check in adalah pada jam 2pm. So, siap-siap kat toilet dulu and terus ke
kaunter reception nak tahu macam-macam info berguna. Orang die pun sangat
peramah. So, mudah untuk kami communicate. Die bagitahu kalau nak Museum De Lourve,
naik sajok bus dari hostel kami and terus sampai ke sana.Katanya, kalau naik
subway korang takkan nampak view cantik sepanjang jalan ke sana, sangat berbeza kalau
naik bus.
Hostel kami - Recommended!
Bilik kami di hujung. Kecik sajok biliknya. Tapi okay lah.
Korang boleh tengok bangunan-bangunan cantik. Ahaaa, good suggestion
tu! Sebenarnya kalau tanya kat aku, aku memang tak nak tau naik
subway/metro. Memang kalau boleh nak elakkan. Bermacam-macam story aku dengar dari
rakan-rakan yang pernah ke sana. Kata mereka, peragut, pencopek, polis menyamar pun
ramai. Siap gaduh-gaduh pun ado jugak.
Bukanlah taknak take risk tapi kalau ade
better option, baik naik sajok bus betul tak? Lagi seronok. And lagi bertambah seronok
bila hostel tu bagi kami free carnet ticket sebab ade traveler yang dah nak balik
sedekah kat hostel tu. Rezeki kiteorang, so jimat lah. Takyah beli pun tiket tu. Kami menaiki bus bernombor 48 dari hostel kami terus ke stop yang
terakhir iaitu Museum De Lourve.
Berjalan to next block for bus station
Stop untuk beberapa bus jugak
Tiket kami
Hampir sampai
Yeah, akhirnya
Kami tak masuk pun museum tu. Masa tak cukup. Lagipun
itu bukan intention yang sebenar datang ke Paris ni. Aku lebih suka jejalan and
amik gambar. FREE and EASY, mystyle la kekdahnya. Dah habis posing and snap sana
sini kat area museum tu, kami terus berjalan untuk cari bridge yang ade locks tu dan
juga Eiffel Tower. Dari museum tu, korang boleh je jalan kaki. Cuaca pun terbaek,
so just nice je untuk jalan jauh-jauh gini.
Sepanjang berjalan tu, korang memang akan kagum dengan senibina Paris
ni. Macam- macam yang korang akan lihat. Macam Open Gallery tau. Bagi aku lah yang
temanya first time ke Paris. Setiap sudut ade je benda yang berbeza untuk aku
snap. Kalau ada 2 camera, kiri kanan aku snap. Suka lah Paris ni. Mood-mood
menghargai arts mula naik dalam diri gitchewwww.
Scroll sajok ke bawah untuk gambar-gambar :-
Dalam duk berjalan tu, akhirnya jumpa jugak jambatan yang penuh dengan kunci-kunci cinta itu. Gigih ye dorang ni kunci cinta dorang kat sini. Jauh tau. Mana lah tahu ade yang datang dari Papua New Guinea ke, bagi aku korang tetap tabah dan gigih. Kalau aku, kunci sajok kat pagar rumah tu. Senang nak cabut, tukar segala kalau karatz ke kan. Ahching!
Letops Paris nie
Pintu gerbang. Emas di atas
Nak jugak kan
Cuaca cantik. Awan gumpal-gumpal kat atas
Singgah beli roti sat
Sedeh tau. Dah kenapa kau terjatuh dalam keadaan gini?
Okay meh sekeping lagi
Favorite. Snap sajok
Lorong jalan dorang kecik je, tapi tetap muat
Bangunan gini banyak tau. So kalau peminat senibina, this is your place
Naik cruise?
Ku kunci cinta buatmu .....
Macam-macam nama pun ado
Tak kunci apa-apa pun kat sini
Anyway, kami tak lama pun kat situ. Terus bergerak mencari Eiffel Tower
yang sebenarnya dapat dilihat dari tempat kami berhenti tadi. Nampak dekat
sajok tapi sebenarnya kiteorang tak jumpa-jumpa tau. Lama gak duk mencarik. Setiap
kali berhenti, mesti tanya orang. Sampailah kai tiba jugak kat area Eiffel
Tower melalui taman tempat dorang lepak. Lepas jumpa, terus duduk dulu kat taman
sebab penat duk berjalan nak carik Eiffel Tower ni ha.

The view on my way to Eiffel Tower
Kebanyakkan kereta kat Paris semua kecil kecil sajok
Kalau rumah kat sini, bukak je tingkap pandang bangunan-bangunan classic. #iwant
Gah betul building ini
Semua pun nak vogel vogel
Penuh awan kat langit
Almost... See you soon Eiffel
Kedai runcit yang letops
Time kami duduk tu, tetiba datang seorang minah France duk tanya, "Do you speak English?" sambil pegang satu kertas. Die ajukan soklan tu kepada Kak Mah.
Terus aku cakap Bahasa Melayu, wey jangan layan. Ni scam tau. Nak kenekan kite.
Then Kak Mah pun terus cakap NO. Die blah sambil libas kertas kat Kak Mah. Agak rude
di situ tapi why bother kan? Kite relax-relax je. Dari terkena scam nanti,
baiklah kite dilibas kertas gitu. Depan ni Eiffel Tower, so taknaklah marah-marah
gitu. Kita harus pupuk mood-mood cinta gitu.
Kami berehat sebentar sebelum terus beratur untuk naik ke atas Eiffel
Tower. Mulanya kami takdelah terpikir pun nak naik, tapi ade seorang teman
yang suggest supaya kiteorang naik untuk lihat satu Paris. Kalau nak mudah, korang
beli je tiket online. Tapi kalau tak sempat, it's okay. Beratur pun tak lama sangat.
Dapatlah cuci-cuci mata sikit sambil menunggu tu. Insyallah, pemandangan sangat
indah. Even yang beratur sama-sama pun ada je yang indah jugak. Jangan risau.
Hello menara paling femes kat dunia
Excited hokey!
Fefeling dolu
Seperti dalam gambar
Tiket untuk ke tingkat atas sekali berharga 15.50EURO per person. Lepas
dah beli, korang terus beratur untuk naik ke atas dengan elevator. Akan ade
beberapa stop yang membenarkan anda untuk keluar seperti di tingkat 1,2 dan atas
sekali la kan. Aku cam terus pikir, dari jauh memang tak nampak tau elevator dorang
ni, nampak besi je kan. Tapi sebenarnya ade tau elevator yang membawa orang ke
atas menara ini. Unik dan macam tak percaya tau. Time kami naik, ramai jugaklah
orang. Tertanya jugak, pernah ke takde orang eh? Sebab cam satu dunia je nak gi tengok
Eiffel Tower ni. Betul tak?
Jom beli tiket
Dari bawah tower
Yuk kite naik
Dalam elevator
Anyway, time di tingkat 2, dapat jugak aku snap gambar view die. Letops
uols. Tapi kami taknak lama-lama sangat kat situ, kalau boleh nak terus naik ke
atas. Cuaca toksah cakap lah, sejuk yang amat tau. Even dah pakai jaket, aku tetap
gigil-gigil jugak. Apa lah sejuk sangat Paris ni? Terus pegang tangan each other
untuk transfer haba. Konon-konon je lah tu, padahal sejuk jugak. After 30 minutes
menunggu, akhirnya sampai jugak turn kami untuk naik elevator ke tingkat atas
sekali. Bila dah sampai tu, terasa gayat tau. Tinggi gile rasa. Wah wah wah! Best
siot!
View dari tingkat 2
View di sebelah sana
On the way to next level
Wajah-wajah orang penting
I'm at the top of Eiffel Tower. The view, WOW! Meriahuols. Angin memang
kuat time kat atas tu. Bertambah sejuk tauuuu. Tak dapat imagine kalau pergi time
winter. Meraung badan. Tapi rata-rata yang pergi kan banyak couple, so bolehlah
aching- aching hug each other. Bagi kiteorang, Eiffel ni takde lah seromantis
yang digembar- gemburkan. Cuma tower dan lookout point untuk view bandar Paris. Puas
jugak aku duk seru perasaan romantis tu tapi tak jugak timbul. Mungkin ini bukan
tempat aku untuk rasa romantis kot. Apa-apa pun, pada mereka yang pasang angan-angan nak
romantiskan diri di Europe, I have a place for you guys. Yang tu memang aku nya
favorite romantic place. Stay tuned okay!
Yeehaaaaaaaa! Saya lah king kat atas ni
Gambar menara KL okay
Hip hip hooray
Kami tak lama pun kat atas tu, bile sampai time nak turun, kami turun
sajok. Jalan-jalan kat bawah tower tu untuk amik gambar dari bawah pulak.
Sambil-sambil tu cari souvenirs. Keychain Eiffel Tower yang dijual oleh street vendors
memang murah. Even dorang ni ramai dari mereka yang berkulit hitam, tapi dorang boleh
je negotiate untuk harga yang lagi murah. Aku dapat keychain tu 6pcs at
only 1EURO. Actually kalau beli banyak boleh je murah lagi. Tapi aku kan travel
lama kali ni, malas nak berat-beratkan bag dengan souvenirs.
Air-felt tower (itu cara sebutan nya)
Kuda dan tower
Time aku duduk bawah tower tu, tetiba sekumpulan peniaga-peniaga ni
berlari bertebaran ke arah subway. Aku ingat tower ni nak runtuh ke apa, which
is sangat CHOY eh! Sekali nampak ade police yang berbasikal tengah duk kejar
dorang ni ramai-ramai. Memang bersepah semua duk lari. Tapi takde sorang pun
berjaya ditangkap. Dorang lari macam Usain Bolt pulak kan (persis pun ado),
memang harapan sajok nak dapat. Aku hanya mampu tengok sajok la. Nasib baik time tu
tak beli apa- apa kat dorang. Mana tahu, time die nak selamatkan diri, die terus pass
semua keychains tu kat aku, dah orang tu ingat aku jual pulak kan. Meks kan
negative sikit. Suka berangan-angan gitu.
Dalam duk lepak-lepak kat area Eiffel Tower tu, kami ade decide nak
carik fridge magnet kat belah belakang-belakang Eiffel tu. Deretan kedai souvenirs
yang agak berbaloi jugaklah. Korang boleh dapat dalam 4pcs 10EURO. Dan tak lupa
jugak postcard untuk diri sendiri, itu harus ye. Anyway, tujuan kami
berjalan-jalan ni adalah untuk tunggu waktu malam tiba. Kata nya Eiffel Tower akan tampak
lagi cantiks pada waktu malam. Namun dah nak pukul 9pm pun, malam tak jugak
kunjung
tiba.
Take note sikit
Capek bangat
Kami amik keputusan untuk pulang terus ke hostel. So dari Eiffel Tower
tu, kami tanya owner kedai souvenirs tadi mana nak amik bas bernombor 48 ke Gare
Du Nord and beliau tunjukkan bus tersebut. Kami beli satu sajok tiket untuk balik
ke Gare Du Nord. Before sampai tu, kami kene transfer bus lain yang terus membawa
kami ke station bus Gare Du Nord. Sebenarnya aku akui yang kami berada terlalu
kejap sajok di Paris. Ala-ala Touch N Go and kalau diberi kesempatan, aku nak
repeat lagi Paris ni sebab aku memang suka dengan Paris.
Kebanyakkan orang yang aku jumpa sangat baik and friendly. Mungkin
berbeza dengan beberapa pengalaman yang aku baca tapi inilah hakikatnya. Aku bersyukur
tiada apa yang berlaku. Sewaktu aku berada di sana, ada jugak rakan office lama
yang turut sama berada di Paris. Namun, beliau kene pickpocket tapi nasib baik
bila dieorang berjaya tangkap pencuri tu dan beliau kene escort dengan kereta polis
untuk bagi keterangan. Satu pengalaman yang unik. Yelah, before this dengar orang
kene gitu takkan dapat balik. Nasib die memang baik bile dorang berjaya tangkap
pencuri tu WIN lah.