Budget Trip New Zealand : Finale! (Tips dan Budget ke New Zealand)

Oh finally! My last entry for New Zealand trip. Cepatnya masa berlalu kan? Macam tu jugaklah masa aku kat sana, macam baru je landed in NZ...tup tup, nak balik dah? Aiyooo, meks tak ready ney! Jangan ngada temanyaaaa...Dah, jom kite sambung menyambung ceritaaa weols :

Kami bergerak agak lewat pada pagi tersebut sebabnyaa takde apa pon yang nak dikejar di Franz Josef. Kami hanya akan lepak satu malam sahaja di Top 10 Holiday Park. Jadi, kami akan berehat-rehat fefeling anak orang kayopppp sajok! Oh di Franz Josef tu ada apa pulak? Okay, kat sini memang sesuai untuk orang yang nak buat aktiviti Glaciers Walk, naik helikopter tengok glaciers dan sebagainya. Untuk kami pulak? Senang sajok, no money no talk. Mahal sangat pun. Lagipun, dah puas kan tengok iceberg time kat Mount Cook?


Perjalanan dari Wanaka ke Franz Josef mengambil masa 4 jam sahaja. Selesai urusan check out, kami terus masuk ke highway dan sepanjang perjalanan kami ditemani macam-macam view wakkkk! Macam taknak tido even sesaat sebab kami melalui view yang berlainan untuk setiap tempat. Inilah uniknyaaa kalau buat roadtrip di negara orang. Mulalah perasaan compare-mengompare tu berlaku. Oh negara kite gini, negara ni gitu. Apa-apa pon, negara Malaysia tetap di hati, lantaklah nak cakap apa kan?



Saya di pagi hari


View sepanjang ke Franz Josef


Nie kalau kat Malaysia dah ramai memancing nie ha


Berbukit bukau di sana sini


Tapi air tetap biru meletops!

Okay bye tasik!


Tidak lupa jugak pada rumput menghijau

4 jam berlalu dan kami akhirnya sampai dalam pukul 2 petang di hotel terakhir kami di NZ iaitu Top 10 Holiday Park Franz Josef. Keadaan di sini agak sunyi berbanding holiday park yang lain. Tak semeriah di Te Anau. Pekerja yang sudi melayan kerenah kami berasal dari Italy. memang orang Italy suka betul NZ ni kan? Aku agak sajookk! Bilik yang kami booked memang besar giler kot. Dah macam boleh buat 6 orang. Selesaaaaa habis uols.



Katil kami di Franz Josef


Holiday Park yang sunyi sepi


Playground untuk kanak-kanak riang

Lepas bersidai-sidai di dalam bilik, kami teruskan pulak dengan projek SYAWAL kami. Ha, itu nanti meks post kat sini tau. Tunggu jangan tak tunggu yeee... As for now, kite surprise dulu tau.

Kami ada juugak berjalan-jalan di pekan Franz Josef yang agak jauh dari holiday park. Tapi di seini memang takde apa yang menarik pun. Temanyaaaa, sini memang pekan mati. Pasaraya paling gah yang ada pun FourSquare, which is bukan application check in merata tempat nak bagitahu orang tu yeee... This one memang nama pasaraya they ols! Disebabkan kebosanan yang melampau, kami pulang sahaja ke holiday park untuk rehat dan makan malam.



Kat sini banyak gak activity yang korang boleh buat. Namun, bila mengenangkan budget yang ciput, kami rela bersidai-sidai ajok!


Hotel di sekitar town Franz Josef

Since barang pun dah nak habis, kami hanya buat mushroom soup sahaja sebagai dinner and cicah dengan roti. Kenyang siot! Then, aktiviti seterusnyaaaaa adalah, kemas bag! okay, ni paling aku tak suka yaa. Aku memang choy dalam nak minimize kan segala berat yang dipikul, apatah lagi dijinjingggg. Memang hawau! Tapi, apakan daya, kite naik flight marhaen ajok. Baggage pun kene bayar sendiri kan, so redha itu harus!



Fefeling omputeh, supper buah-buahan atas katil

Kami hanya bermalam di Franz Josef seperti di tempat lain jugak iaitu 1 malam. So, keesokkan harinya, kami bergegas pulak memandu pulang ke Christchurch. Ianya merupakan bandar yang tidak sempat kami jelajah pada hari pertama kami tiba. Jadi, kesempatan yang ada kami gunakan sebelum pulangkan kereta pada Cameron. Dari Franz Josef ke Christchurch, perjalanan adalah 4 jam ++.


Tetapi, sekali lagi, Mr. GPS buat hal gi bawak masuk jalan lama yang seriously seriau kiri kanan hutan. Apooolaaaaa? Ni mesti kes takut rindu kami sebab weols nak balik Malaysia dah? Memang hawau! Tak payah pakai GPS pun takpelah kat NZ ni bagi aku. Sebabnya, signboard dorang lagi perfect kot. Sengsara jugak nak keluar dari jalan lama ke highway. Bukan apa, jalan tu agak seram dari jalan sebelum nie. Jangan orang, kambing pun non hado. namun, alhamdulillah, we managed to get out from that road.


In between Haast to Christchurch, you all akan lalu Arthurs Pass tau. Okay, jalan kat sini sangat meletops! Gunung ganang besar-besar bagak di kiri kanan korang. Jalan pulak smooth je. Memang rasa cam dalam movie gitu. Cumanya kat sini, kurang view point die. itu baru jalan menuju ke situ. Dengarnyaa... Arthur's Pass National Park lagi bombastic! Mungkin untuk yang suka hiking, you all should check this out :)



Kena berhenti dulu untuk bagi laluan kepada moo-moo


Moo-moo ni cepat sikit boleh tak?


50km/j sajok. Toksah nak lebeh sangat


Sila perlahankan kenderaan anda


I love this view...Die ala-ala cam nak ke bukit sana kan?

Bak kata Kak Pah, kudaku lari gagah beraniiii....

Kami sampai di Christchurch pada jam 2petang camtu. Bila dah masuk bandar ni, jalan agak sesak yang seolah-olah membawa kami semua ke alam reality di Kuala Lumpur. Apabila dah sampai je Christchurch, banyak pulak jalan yang ditutup membuatkan kiteorang sesat sendiri dalam town ni. Mungkin aku terlupa yang kebanyakkan jalan di sini dah runtuh disebabkan earthquake suatu ketika dulu. Sedeh wey tengok keadaan yang gini. Seriously, tak dapat imagine kan time jadi tu camner. Yang pastinya, dorang memang tak buat apa-apa pon untuk proses pemeliharaan semula.


Katanya, bandar nie memang berpotensi tinggi untuk kene earthquake lagi. So, ini adalah salah satu sebab dorang taknak buat apa-apa pon. Dan paling sedeh bila time kami sampai, cuaca pun gloomy sajok. Seakan mensempurnakan lagi suasana kat sini. Touching uols! Apa yang kami lakukan di sini ialah park kereta bapak jauh giler. Then baru tahu yang hari Ahad, parking adalah PERCUMA even di mana-mana sajok. Tujuan kami berjalan-jalan di Christchurch adalah sebab nak carik souvenirs. Benda ni bukanlah penting sangat tapi sebagai kenang-kenangan sudah.


nak carik DF souvenirs nie punyalah susah sebab jalan banyak tutup. Memang kene jalan kaki then korang masuk town die. Bila dah masuk tu, korang akan nampak satu kawasan yang macam Central Market. Kat sini korang memang akan nampak WOW! Kedai-kedai dalam kontena berwarna warni tau. So, this is real Christchurch. Terasa lain betul dengan jalan-jalan lain di Christchurch. Tapi kat sini choice die agak limited compared to Queenstown. Aku pun tak sure sangat tentang benda ni as ade yang cakap Queenstown lagi mahal. But bagi aku, sama sajok.






Lagi sikit je nak sampai Chrishchurch tapi kene slow sikit


Finalllyyyyyyyyyy!


Bila masuk town barulah rasa traffic jam


Banyak jalan tutup...Stress meks!


Sedeh bile jejak sajok kaki di Christchurch. Terdetik dalam hati, bilakah ianya akan kembali macam dulu? *fefeling local people tak?*


Time jalan-jalan kat bangunan runtuh tu, tetiba ada pulak lorong bangunan yang terpelihara


Graffiti yang sangat kena dengan mood Christchurch


Starbucks Coffee pon...


Jentera sana-sini 


Kami sesat! Tolong kami please


Famous spot yang juga afffected 


Still there


Tak sure batu apa nie


Macam dekat Dataran Merdeka sangat


Lambang kemegahan di situ

Habis membeli buah tangan, kiteorang berjalan pulak ke Pak N Save untuk habiskan dollar yang hado. Tambah lagi chocolate. Then pulang semula ke parking. Jauh hokey jalan! Bila dah masuk ke area church tu, aku terus rasa cam berada dalam set film Terminators tau. Sangat sebijik. Tengok bangunan runtuh sana-sini. Suram bagai. Kalau malam-malam nie, mau tak keluar rumah kekdahnya. Tapi menurut member aku punya kawan punya brother yang keje sini, katanya setiap malam memang dorang ada rasa gegar lagi tau. That's why kebanyakkan muda-mudi yang asal dari sini, pindah ke Queenstown. Yang tinggal hanya senior citizens sajok.


Diam tak diam, jam pun dah pukul 4pm. Kami janji akan pulangkan kereta pada pukul 5pm. So, time nak pulang tu, 2 orang kene tunggu kat airport, lagi 2 orang kene jalan kaki lepas park kereta die kat office yang terletak dalam 300meter sajok dari airport. Kami turunkan Shaz, Kak Mas dan bag-bag gajah kami di airport. Terus memandu ke arah office Cameron dan drop sajok kunci dalam box. Al maklumlah, hari Ahad, cuti kan? Maka, berjalan kaki lah kami sambil sedut udara NZ for last day.


Alahai, nak say bye bye kat NZ nie wey. Syahdu, sayu dan sendu dalam hati, hanya meks je yang tahu! Flight kami ke Melbourne bertolak pada pukul 8pm. Jetstar memang awesome. Smooth landing and staff dalam tu friendly giler. Kami duduk di bahagian belakang dan mintak seat together-gether gitu. Senang sikit apa-apa hal kan. Oh ya, sebelum sampai di Melbourne, kami memang dah book siap-siap taxi untuk ambil kami di airport. Harus diingatkan, patutnya korang jangan buat camtu. Let's say flight korang delay, then taxi sana tunggu korang, die akan extra charge. In our case, kiteorang suruh the taxi ambil pukul 12 terus. Even akan sampai kat Melbourne around 10.30pm.


Biasalah, urusan imigresen harus korang ambil kire kan. Untuk barang yang dibawa ke dalam NZ seperti coklat tak perlu dSampai je di eclare. So, takyah la buang masa sangat. Keluar je dari airport, aku dapat SMS dari Maan Taxi. Die cakap die hanya akan gerak if aku dah lepas imigresen. So, aku text die, cakap dah tunggu luar airport. Die terus bergegas sambil tu bagi arahan tunggu kat mana. Naik je taxi, kami tak bayar sajok ikut last charge yang Maan bagi. Tak ikut meter kekdahnhya. Rezeki weols kot.


Untuk di Melbourne, kami duduk di Ibis Budget Melbourne (CBD area) uols. Kecik hawau bilik nie. Tapi selesa la untuk tido 1 malam sajok. Kalau korang brilliant, tak payah datang CBD balik pun. Kat hotel itself ada je hotel. So takyah membazir duit airport transfer wey. Mahal tau! Check in hotel and terus campak bag sambil rehat-rehat. Oh ya, malam ni kami ada date ngan Pak Nil, sebab nak ambil barang-barang yang kiteorang park sementara kat die. Malam tue, die datang bawak Tom Yam kaw-kaw. Fuh! Memang murah rezeki Pak Nil. Dah lah lapar hawau tau. Nasib ngan bekas-bekas tu kiteorang tak makan hehehe...


Pak Nil jugak tunjukkan kami kedai trip ke GOR untuk Shaz dan Kak Mas. Kami berempat naik flight asing-asing. Dorang berdua akan pulang ke Malaysia lewat sehari dari kami. So, kesempatan yang hado digunakan untuk menerokai Great Ocean Road pulak. Oh ya, trip yang Pak Nil bagi tu harga die 69 dollar per person. Kedai die terletak di CBD area sajok, Swanson Street.


Okay for airport transfer ke Melbourne airport esok harinya pulak, kami dah siap-siap call Starbus meletop-letop tu. Weyyy! Service dorang sangat worse eh. Janji dah macam janji yenna yenni macaroni. Lembab! Aku dan Kak Mah tunggu depan Novotel Hotel dari jam 5.45am. Katanya pukul 6am akan sampai. Tapi 6.35am baru nak terjah depan Novotel. Apoooo? Dah lah nak masuk airport pagi tu sangat jem. Memang choy kiteorang pagi tu. DItambah pulak berat bag terlebeh time kat airport. Aduhai! Sampai tercicir lah bantal aku kat airport. Nasiblah ada yang jumpa kan?



Ni barang kiteorang berdua tau.... If anyone can teach me how to travel light, I will definitely reward you!

Kami sampai di kaunter sharp before pintu AirAsia dibuka. Naik je flight terus layan tido. Aku bersyukur sangat dapat flight siang. At least, dapatlah hilangkan perasaan trauma meks! Before landing, ada orang celebrate Birthday tau. Terus terpikir, kalau mintak pasang lagu Happy Birthday nie, kene bayar tak? Just curious!

Berpijak je di bumi bertuah Malaysia, saya rasa bersyukur sangat. Impian tercapai. Diri selamat! Yeehaaaa...bucketlist since kecik dah boleh tandakan besar. Thanks to Kak Mah, Kak Mas dan Shaz yang sudi join trip terlajak laris meks ni. Diharapkan segala tips yang aku bagi pada entry sebelum nie dapatlah membantu korang yang mungkin tanam impian macam aku. Ingat wey, dream.believe and make it happens. Insyallah, korang pun akan ada peluang untuk lawat NZ yang bagi aku sangat sweet. Molek sajok uols!


Nie nak share sikit cost kiteorang di sana :





p/s : Aku terlupa masukkan cost untuk activities aku di Queenstown - Paragliding and luge+gondola. Here you go - Paragliding (RM600++) dan gondola + 3 luge rides (NZD45).

Budget kami di Melbourne (Kak Mas and Shaz kan stay extra 1 night + ikut tour pergi Great Ocean Road, so aku masukkan sekali sebagai reference) : 


Sedikit tips untuk panduan rakan-rakan yang 'memasang angan-angan akan jadi kenyataan' ke New Zealand :-

Sampai sajok di Christchurch Airport
Me and Kak Mah as pilot and co-pilot...Yang kat belakang tu lena bermimpikan adik-adik NZ

Music streaming itu harus ada sebagai peneman saya untuk hiburkan Kak Mah & rakan-rakan
Signboard yang senang jeewwww...eceh!
Oh Pukakiiii!
Cantik highway ni
New World Wanaka
Sekian sajok cerita aku di New Zealand pada April 2014 yang lepas. Jika ada apa-apa yang dapat meks tolong, aku akan tolong jawabkan. Sila tinggalkan komen di bawah ya :)

Anyone can tumpang me? I'm heading to Sungai Gadut, please?

Labels: