My 2014 Travel Plans

Dah boleh tutup buku 2013. Sekarang nie aku nak focuskan pada 2014 yang sudah pun masuk bulan ke-2. Oh cepatnya masa berlalu. Tak sempat aku nak catch-up segala benda. Entah apa lah yang membuatkan aku jadi slow untuk tahun baru ini. Takpe, all is well tepuk sikit bahu bro*

Okay, dah tak nak bebel-bebel panjang sangat. Untuk 2014 yang tercinta hini, aku ada buat list of travel plans yang ingin aku capai sebelum masuknya tahun 2015 pulak. Kebanyakkan tempat kat bawah nie, memang dah lama kot duk pasang angan-angan Mat Yo. Tapinya hajat tidak kesampaian kerana pelbagai kekangan dari semua aspek. Jadi, diharapkan dengan tahun baru nie, dapatlah aku berjalan ke negara-negara wishlists meks. Manakah? Bilakah? Kita verangan dulu, later decide okay! Jom soseh-soseh, apakah destinasi impian, iltizam, azam dan mimpi untuk tahun ini :

1) Tawau
Booked this return ticket since last year and we managed to enjoice Tawau more than we expected. Seperti biasa, aku lah yang paling teruja kalau bab pulau-pulau nie. Even ramai yang cakap, ianya akan lagi worth it if aku ada diving license. Alahai, meks mampu try discovery je dulu. Yang advance dari tu, kenelah berpikir-pikir. Kan? Takpe, next post akan ku ceritakan tentang trip meks ke Tawau yang bagi aku terbaik. *trip sendiri, terbaik sendiri ke?*


Beautiful sunset in Mabul

2) Melbourne *again*
Pergi 2 tempat yang sama? Itulah tema trip coming soon. Takpelah, nak buat camne kan, meks tetap nak pergi jugak. Melbourne best tau. This time, nak lepak kat area city pulak. Boleh kan?


Flinders Station, Melbourne

3) New Zealand
*keep on dreaming Safura*


Source

4) Indonesia
Bali, Bandung and Jakarta sahaja yang pernah aku lawati. Yang lain? Insyallah this year, aku nak jugak pergi at least satu tempat yang unik di Indonesia. Rasa sayang sangat bile negara kite dekat saja dengan Indonesia tapi takde pulak verangan-angan nak pergi kan. Takpe, tahun nie, saya akan cuba allocate time untuk Indonesia.


Source

5) Osaka
Teringin pulak nak merasa autumn kat Japan. Tapi nak pergi Osaka. Ehem...ehem...Pak Tony, boleh tak buat AirAsia Sale ke Japan? Please please please :)


Source

6) Boracay Island
Aku ada tengok satu gambar from infamous Adventurouskate (favorite travel blogger) in Boracay and surprisingly, sunset kat sana kaler pink-pink sikit. Cantik sangat. So, aku terus pasang angan-angan nak ke sana pulak this year. Segala benda dah study nie, tinggal nak beli tiket je. Dengarnya lah, budget ke sana murah jugak. Anyone, jom lah kite pergi sekali :)


Source

7) Guangzhou
Temanya nak pergi sini sebab nak shopping. Betul ke murah kat sini? Nanti kite nantikan.


Source

8) Chiang Mai
Yang aku tahu, Chiang Mai ni sejuk and berbukit-bukau. So, aku nak jugak experience Thailand nye rural area. Mesti awesome orang-orang sana :)


Source

9) Istanbul
Ada satu malam, aku mimpi yang aku ke Istanbul tau. Then, bangun je pagi tu, aku check tiket, dalam RM2k jugak tau. Aiyooo mahal jugak nak ke sana. Tapi, masa mimpi tu, terasa macam sempat je nak kumpul. Dengan keyakinan itu, aku pun teruskan impian untuk tengok tiket murah time Matta Fair nanti. Kalau ada rezeki, insyallah aku akan ke sana. Yakin!


Source

10) Koh Samui
Kalau boleh nak jugak terjah Koh Samui. Manalah tahu, dapat duduk kat hotel mewah-mewah kan. Relax-relax tepi infinity pool. Wah! Mahal sungguh impian.

Source

Anyway, korang plan nak pergi mana for 2014? Mana tahu kite boleh tumpang-tumpang ke kan. Sharelah :)