2013 Travel Stories

Ahaaaa! It's time for new year again. No matter how we plan for our future, we must at least once, look at our past. So we could learn how to be a better person. Ha kelesss tak? Sebenarnyaaaa, nervous sakan ye nak masuk 2014 nie. Kenapa terasa cepat sangat masa berlalu nie? Macam baru semalam je kumpul duit, penuhkan tabung travel untuk berjalan-jalan di bumi indah ini. Kan? So semperna tahun baru 2014 nie, Cik Pora nak ajak semua orang imbas kembali memori-memori travelista meks sepanjang tahun 2013. Betul ke tiap-tiap bulan duk travel? Isk...isk...Jom kite layan dulu!

1) Phuket
Januari 2013 aku mulakan dengan trip pertama aku ke Phuket. Menurut review dari orang ramai, Phuket ni memang surga buat kaum lelaki. Betulkah? Tengok jugak type lelaki yang macamne sebenarnya. Aku rasa, aku yang bukan lelaki pun, aku suka sajok dengan Phuket ni (no kuning-kuning, only suci je allowed). Memang fun and happening. Pantai pun cantik jugak. Aku sukaaaaaaaaa!


Phromthep Cape Lookout Point yang memang marvelles!

Koh Phi Phi

Vroom vroom di Phuket

2) Krabi
From Phuket, aku berjalan pulak ke Krabi. Sampai Krabi bulan February. Ha, nampak tak 2 bulan terus berjalan? Kah kah kah! Itulah tema tahun 2013. Berjalan kene 2 bulan terus. Kiranya amik hujung bulan pertama dan awal bulan kedua. Aku pun tak tau camne boleh jadi camtu. Sebabnya, setiap kali aku nak book tiket, mesti tarikh-tarikh gitu aja yang murah. So from Phuket to Krabi, kiteorang naik van transfer dalam 3-4hours sajok. Krabi very nice. But I wish I could spend more time here to explore places like Railay, Koh Phangan and many more.


Emerald Pool *dorang ni istimewa tau, tapi still together untuk travel the world, best kan*

3) Sarawak
Not my plan at all. Booked my ticket due to newly launched airlines in March 2013 - Malindo Air. Grabbed the ticket at only RM78/person. Murah giler tau. First time pergi trip 1 whole family. Memang complete rasanya. Everything semua ad-hoc. From hotel booking to activities, semuanya sendirian berhad. Dan itulah promo airlines paling letop sebab murah giler! Malindo uolssssss :)


Malindo Air- first flight to Sarawak

Sarawak Cultural Village

4) Melbourne
My special trip! Just the two of us-Me and Kak Mah. Went down under - Melbourne and Sydney. Yang ini pun pergi 2 bulan jugak, nyehhhh! Aku sukaaa sangat Melbourne. Mungkin kat sini kiteorang dapat jumpa friendly Malaysian compared to Sydney yang ala-ala city gitchewwww! Banyak benda yang kiteorang berdua belajar untuk trip ke Melbourne. Paling duk hafal tiap-tiap hari adalah how to make hook turn. Even benda ni senang giler, tapi konsepnyaaaa kene pahamkan kenapa. Ni jugak trip pertama aku drive kat oversea. Kencanggggg habis, luruh bagai jantung nie. Kalau ingat-ingat balik peristiwa langgar lampu isyarat, memang nangis berbahukan Kak Mah.


Playing with autumn leaves

Great Ocean Road

Brighton Beach

Mohon Doa Restu graffiti

5) Sydney
Kiteorang sampai di Sydney pada bulan May 2013. Tiger Airways yang hantar. Nasiblah tak jauh, kalau jauh, memang aku turun balik tau. Taknak dah kalau boleh naik Tiger nie. Memang mencabar aspek rohani dan mental *chewah*. Eh, jangan melalut. Talk about Sydney laaaa! Sydney memang unik. As I'm hunger for beaches, mountains and cultural, Sydney has more than everything I want. Kat Sydney ada Blue Mountain tau. Sini memang cantik view die. Sydney pun ada banyak sangat beaches. Talk about culture, Aussie loves to drink and work out. Tulah trend kat sana yang pandai-pandai lah korang pikir sendiri.


Paddys Market
On my way to Bondi Beach

6) Singapore
I would call this trip as : CRAZEEEEE! Time tu aku baru dapat tahu yang aku cuti on Friday. So macam bosan je nak stay kat rumah. Aku terus contact kawan-kawan aku and kiteorang terus agreed untuk trip ke Singapore. Nasiblah, time tu currency tengah murah. So, bawak dalam berapa ratus je untuk merasa udara Singapore. Motif? For me, Singapore sama sahaja macam Kuala Lumpur. Sekian. Tetttt!


Singapore, watch out. 3 idiots nie :)

7) Sabah
After few months of staying home and focusing on Ramadan and Syawal, I'm back to my favorite things to do before 30. And to celebrate my 26th birthday, I have rewarded myself to BIRTHDAY trip to Sabah. Nasiblah Kak Mah agree untuk follow sekali. So kami berdua berjaya teroka Sabah yang sememangnya negeri paling aku suka dalam Malaysia. Ha, berani tak keluar statement macam Cik Pora tu? Tapi, seriously, saya sayang Sabah. Banyak tempat yang cantik kat dalam Sabah. All-in-one gituuu.


Me and Kak Mah went for canopy walk in Sabah

Balik dari mountain, terus layan island pulak. Awesome tak Sabah?


8) Cambodia
My wishlist : visit Angkor Wat in 2012. Tapi tak kesampaian sebabnya verangan sekali tu je nak gi sana. Then, stop berangan, focus pulak kat Australia trip sampailah bulan October 2013, aku dan yang lain decide untuk ke sana jugak. Unik, eksotik dan menarik. Itu sahaja yang mampu aku gambarkan tentang Angkor Wat. Bila korang dah sampai sana, barulah korang tahu betapa betulnya kata-kata meks ni. Percayalah uols!

Angkor Wat sunrise view

9) Bangkok
Unforgettable. 2nd trip to Bangkok. But this time kiteorang buat overland from Cambodia. Takkan aku lupe bagaimana payahnya nak sampai Bangkok. Kesusahan tu kalau boleh, aku taknak bagi orang lain rasa. Bukan apa, perit tauuu uols. Rasa nak maki, tapi die ni tak paham! Aiyooooo, ini memang pressure whole body tau. Tapi, semuanya terubat dengan shopping like crazeeee in Bangkok! And kiteorang pergi jugak Cha-Am. Cantik this place. Oh, it was in November when I went to Bangkok.


Cha-am, my favorite playground *ah gitcheww*

10) Bali
Few weeks before departure, we booked our ticket to Bali. Ini pun travel list time 2012. Akhirnya tercapai jugak! Syukur Ya Allah :) Trip ni aku namakan trip last minute, kasi redah. Nasiblah ada dalam group kiteorang tu dah memang pergi ke Bali. So tak kisah sangatlah dengan segala aturan kat sana. Paling best, trip ni start from 27 Dec until 1 Jan 2014. Bertolak dari Bali pada 31 Dec 2013, dan sampai ke tanahair pada pukul 1am, 1 January 2014. Ini bukan makan bulan dah, makan tahun punyaaaaaa. Kelesss kan gi Bali 2 tahun? Hado!


The 4 of us


Me+Tegalalang

Bila kenangkan balik, tahun 2013 memang tahun lucky aku sebab boleh dikatakan tiap-tiap bulan aku berkesempatan untuk berjalan-jalan meneroka alam indah ini. Even short trip pun, tapi 2013 telah mengajar aku tentang angan-angan tu tak salah, jika kite selitkan dengan elemen usaha. Insyallah, semuanya akan menjadi kenyataan. 

Dikesempatan ini, aku nak buat jugak awards untuk travel trip aku. Hanya ada 3 kategori utama *fefeling tak meks?* . Award ni adalah untuk summarizekan trip 2013 aku yang paling-paling-paling bermakna buat aku. Apakah award yang aku maksudkan tu? Let's checkidaut :


MOST ADVENTURE TRIP goes to :
I would say, overland trip from Cambodia to Bangkok. Memang paling adventure, terasa di hujung nyawa sangat. Kalau ingat balik, terasa lawakkkk tahap dewa. Tapi, kalau korang yang berada kat tempat aku time tu, rasa macam nak sepak je muka semua travel agent kat situ. CHING je! Anyway, tak semestinya adventure trip tu korang kene redah Lautan Hindi ke, panjat gunung tertinggi ke...Yang penting, setiap moment tu mampu memberikan impak terbesar dalam minda korang. Dan itulah yang terjadi kat aku. Nak tahu lebih lanjut, korang boleh baca kat sini 

TOP VIEW TRIP goes to :
SABAH! Memang takkan boleh beat Kota Kinabalu nye view yang bagi aku sangat menarik tertarik kau memang da bomb. Kundasang itself menyajikan sesuatu yang sangat unik sampaikan aku rasa tak nak balik nak layan view yang bombastic Mr. Lova-lova. Kecantikkan Sabah ni jugak turut disumbangkan dengan orang-orang die yang friendly. Bagi aku, malulah kalau orang Malaysia, merayap seluruh dunia, tapi tak nak allocate time to visit Sabah. Bangga tau, kite ada negeri di Malaysia cantik gini.

BEST TRIP goes to :
Hmmmm...Hard to decide, but I would say, my trip to Melbourne and Sydney. An eye opener to me. Selama ni asyik visit around Asia je kan. Asyik tengok muka sama cam aku je. Sesekali tu nak panjang sikit langkah tengok muka-muka Caucasians pulok. Syukur. Dapat jugak jejak kaki kat sini. Macam-macam benda baru yang aku belajar dari trip ni - Driving in Aussie is different from Malaysia, people kat sana ada civic, respect each other, friendly and helpful. Even kiteorang pergi berdua, tak kenal sesiapa in Aussie, tapi kiteorang enjoy sangat trip ni. Boleh dikatakan kami bersyukur kerana doa family yang mengiringi perjalanan kami ke sana membuatkan aku dan Kak Mah selamat pergi dan tiba di Malaysia.


Ni video special yang patutnya aku share dari dulu lagi. Takpe harap uols enjoy :)


So, what's next for 2014? Anything I plan for my future trip? Apa kata tunggguuuu next post. Confirm meks cerita panjang lebar!

Labels: , , , , , , , , , ,