Continue from previous posts :
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Pagi di Glur Hostel memang menenangkan. Tidur nyenyak giler. Mungkin sebab kawasan dia agak secluded compared to other places kot. Wuarghhh, malas betul nak bangun...Tapi kena bangun jugak before pukul 9.00am sebab hari nie kami berenam akan mengikuti trip ke Emerald Pool. Jadi, let's mandi and bersiap beramai-ramai di hostel. Ha kan senang, bila toilet ada banyak macamni. Takdelah lama nooo nak siap-siap kan!
Tepat jam 9.00am, kereta yang berbentuk macam Hilux datang jemput kami di hostel. Since seat depan dah ade orang duduk, kami terpaksa lah duduk di belakang. Nasiblah die memang pasang cover sebagai bumbung kereta. Kalau tak, memang turun-turun je terus semua jadi Missy Elliot lah kan. Trip kali ni memang berlainan sikit sebab kena naik kereta yang 'free' aircond beramai-ramai selama 1 jam lebih ya. Tapi seronok tau! Gelak kuat-kuat pun macam orang lain kesah pulak? Bukan itu je, kiteorang siap buat party kuaci lagi tau. Memang moment terbaik bersama kengkawan gitewww!
Inilah MPV yang membawa kami bersiar-siar
Singgah petrol station dulu
Long way to go
Perjalanan ke Emerald Pool ni agak jauh sedikit kerana Emerald Pool, yang digelar Sra Morakot ni terletak di daerah Khlong Thom. Dan harus diingatkan, kami memang takde stop-stop kat RnR ke atau mana-mana tempat untuk berehat. A non stop journey yang pasti best kalau anda pergi beramai-ramai. So sepanjang journey tu, macam-macam gossiplah yang diutarakan. Maklumlah, nak the kill times kan. Dan bukan selalu naik kereta macamni kan. Kalau kat Malaysia, memang takkan sesiapa berani naik ramai-ramai camni. Kalau ada pun, confirm kena tahan dengan abang Polisi.
Akhirnya, kami berjaya sampai di Emerald Pool yang sememangnya jadi agenda utama aku bila sampai di Krabi. Kira macam merealisasikan impian jugaklah ni kan. Syukur! Apa yang perlu anda semua ingat, no foods,shampoo,weapon and wastage allowed when you're in Emerald Pool area. Itulah caranya diorang nak protect and preserve kawasan di sekitar situ. I think, this is the best we should do to protect beautiful place like this. Agree?
Yay! Dah nak sampai
Most welcome!
Map di Emerald Pool
Dont's
Baru dekat pintu masuk dah dapat view macamni
Stalls
Toilet
Apa yang aku perasan, harga tiket untuk masuk sini ialah 200BHT seorang. Tapi kami tak dikenakan bayaran since ianya dah termasuk sekali dalam tour. Tips untuk anda : - Double check dengan tour before buat payment tau! Since entrance fee dah masuk sekali dalam tour ni, kami hanya perlu terus berjalan menuju ke pool yang mengambil masa 15 minit. Aku and Fifie jalan sekali sebab masa yang diperuntukkan untuk berada disini hanya 1jam je. So taknak buang masa lama-lama dengan trekking aje.
Only 200BHT for adult
Yang join group kami ni, ada 3 orang kakak bersama dengan anak kecil dorang. So dorang dah ke depan, manakala aku and Fifie berada kat tengah. Sementara rakan-rakan aku yang lain, ada tinggal kat belakang. Jarak kiteorang ni memang jauh giler, kiranya kalau jalan lurus pun, tak nampak-nampak dorang tau. Aku and Fifie ni memang gigih jalan 2 orang. Kiri kanan hutan pulak tu. Nasib baiklah laluan trekking yang disediakan memang landai sahaja. Kalau berbukit, mau mengah meks!
Dah ready for 15 minutes trekking?
Sepanjang jalan tu kami ditemani bunyi-bunyian hutan yang mendamaikan. Sampailah tetiba ada satu bunyi mendengus di tepi kanan aku. Weyyyyyy! Giler tak cuak. Aku ingat harimau tau. Tapi Fifie expect babi hutan. Terus pegang tangan Fifie and baca apa-apa yang patut. Takut tauuu...Nasiblah dia tak menjelma, tunjuk muka or apa-apa yang die nak tunjuklah. Kalau tak, memang tak sampailah aku kat Emerald Pool ni. Syukur tiada apa-apa berlaku pada kami. *tapi masih terngiang-ngian lagi bunyi tu sampai sekarang*
Trekking trail
Sampai di hadapan signboard Emerald Pool, kami berkumpul beramai-ramai di tempat duduk yang disediakan untuk menunggu Diba and Fifie yang ke toilet . Once diorang dah ready, kami terus bergegas untuk melihat dengan mata sendiri adakah Emerald Pool ni hanya sekadar cantik di gambar ataupun wajib tengok dengan mata sendiri...
Ada banyak lagi tempat yang boleh korang discover kat sini. For us, Emerald Pool pun dah okey
500m more
Lagi sikit je nak sampai
Cantik kan?
Kenapalah creative sangat dorang punye signboard
Waiting for mereka yang 'leaking'
6 of us
Happy together
Bila dah sampai betul-betul di depan Emerald Pool ni, fuh macam tak percaya....Tapi sebelum tu, first question, macamane air die boleh jadi biru giler macam swimming pool? Serious sebijik! Nak tahu kenapa jadi camtu? Selepas ber-google, sebenarnya air di sini mempunyai kandungan Kalsium Karbonat yag tinggi. That's why lah air die warna macamtu bila bertindak balas. And one thing, air ni tidak sesuai untuk diminum ya, hanya untuk berenang aje. Dan disebabkan kandungan air yang begini, no wonderlah, tepi-tepi batu tu licin habis. Sebab bila kalsium karbonat ni didepositkan, ia akan membentuk satu permukaan yang licin. Memang bahaya sikit bila nak turun ke air. Merangkaklah korang hehe...
Ni baru anak-anak sungai
Dan sambung balik....Apa benda yang tak percaya tu? Of courselah, tempat ni memang cantik sangat. Kiranya, air die biru habis! And boleh dikatakan wajibs tengok dengan mata sendiri. Then barulah boleh appreciate this place. Bila dah nampak air camni, memang tak payah nak tunggu lama-lama untuk terjun! Sampaikan ada orang yang plan taknak mandi pun terus nak mandi jugak ehem ehem...Memang sapa yang tak mandi di sini, rugi lah! Kedalaman pool ni dianggarkan sedalam 3.5meter and air die sejuk gilos. So hati-hati pada sapa-sapa yang kurang mahir berenang.
The real pool
Yellowish
Seronok kalau dapat pool macamnie kat rumah
Can swim without worry of clorines
People coming...Tapi still boleh swim puas-puas
Dan untuk pengetahuan korang, permukaan air pool ni dipenuhi dengan pasir. Ada 2-3 batu sahaja. So memang selesa habis untuk berenang dan buat macam-macam aktiviti di sini. Since kiteorang ni memang kaki posing, apa lagi kan...Kami pun veranganlah jadi atlet Malaysia yang beraksi cemerlang di "Pusat Akuatik" Emerald Krabi ni. Ha pelbagai aksi menarik terbaLik yang kiteorang cuba buat. Tak percaya? Cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni :
We're ready for Olympics babeyh
Tapi discuss sapa yang nak start right?
Dan akhirnya bila ada orang volunteer untuk start dulu
Ramai pulak yang nak
Dan akhirnya...Bila pemenang pertama diumumkan, haruslah yang tengah tu muka juara (Yang lain muka tak puas hati)
2nd place
Bila baru nak umumkan 3rd place, the 1st winner dah tercelop...
Abis je mandi, kami terus dipanggil untuk chow. Maklumlah, ikut tour begini, cukup time baliklah. Takkan nak tido sini kot. So trekking lagi 15 minit and sampai balik ke pintu utama Emerald Pool. Elok pulak, di sekitar pintu keluar tu, ada jual air kelapa Thailand dengan harga 30BHT. Fuh, nikmat sungguh tak terkata. Slurp slurpp sampai ke penghabisanlah.
My favorite
Ini driver kami. Nama dia Rashid
Next desination kami ialah : Elephant Trekking babeyh. Bila fikir balik, no wonderlah Emerald Pool ni kena pergi dulu, sebabnya, kalau dah berbusuk-busuk naik gajah, habislah kotor pool tu kan. Hmmm make sense jugak ni. Okay, jangan banyak mengomel. Jom continue story. From Emerald Pool tu dah tak jauh dah dengan tempat nak naik gajah. So bila sampai di kawasan kelapa sawit, kami terus nampak beberapa ekor gajah berkeliaran. Bagi aku, nak kata excited naik gajah tu takdelah, sebab dah pernah ada experience ni di Bangkok dulu. So layan jelah kan.
Almost arrive
Macam kedai makan
First glance of elephant in Krabi
Bila dah turun dari kereta, aku perhatikan, hanya ada group kami je kat sini. Adakah yang lain busy ber-island hopping. Mungkin jugak kan? Takkan datang Krabi nak hadap gajah-gajah ni... But it's actually depends on individual preferences and budget. For us, layan gajah pun fun sangat! Okay, trekking ni ambil masa selama sejam wey. Giler lama duk atas gajah. And jalan die very the turun naik bukit. Tapi aku envy dengan gajah Fifi dan Azlina sebabnya gajah die ada baby yang diberi nama Nankid. Cute betullah baby elly ni. Dahlah die kena tak boleh berpisah ngan mak die.So bila time mak die kena kerja bawak kiteorang, die pun kena ikutlah mommy die bawak cousin gajah : Fifie and Azlina hehehe...
Inilah pasukan gajah-gajah yang akan membawa kami bersiar-siar
Since gajah besar and and tinggi, kenelah naik tangga
Come to mommy Elly *bukan Elly Maz----*
Nankid ni memang buatkan kiteorang semua melt dengan die. Macam-macam tempat die singgah sebab baby kan, macam-macamlah die nak try uols. Semua benda dia nak tengok and kunyah. Tapi non pandai makan lagi. Alahai, jatuh cinta pulak dengan gajah...Disebabkan kami 6 orang, jadi 3 gajah diperlukan untuk bawak kami berjalan. Gajah Aku+Arda berada di tengah-tengah, gajah Diba and Ain dah kat depan and cousin Nankid haruslah kat belakang kami ni. Heheh...
Baby Elly in action
Paling kiteorang takut ialah bila gajah-gajah ni trekking dalam air, rasa nak jatuh hokey. Memang jerit kaw-kaw lah. Riuh terus Krabi sebab kiteorang. Yang paling kelakar bila si Nankid dapat masuk air, sebijik macam budak kecik dapat mandi. Weyyy comel gile, rendam-rendam and goyang-goyang kepala dia dalam air. Then staff kat situ cakap, baby loves water. Awwwww, nak bite you lah Nankid.
Mari mandi di tengahari bersama baby Elly
Muka cousin Nankid cuaks sebab....
Nankid buat renang berirama dalam lumpur
Bila dah habis trekking dalam air, baru kami perasan ada couple mat saleh yang join trekking gajah jugak. Once diorang masuk dalam air, diorang terus jerit, Help!Help!Help! Kami stop terus untuk tengok dorang even kami dah ke depan. Tapi die still jerit jugak. Apa yang aku perhatikan, gajah die lagi kecik and maybe tak dapat nak balance kan couple ni.
Help! Let's take a look who's in danger
One more thing, bini die memang panik giler time tu. Siap ada barang jatuh lagi. So Gajah Diba and Ain terpaksa patah balik untuk rescue dorang. So kami kena jalan dulu while gajah Adiba n Ain dalam misi menyalurkan bantuan gitu. Bila dah berada di tempat yang redup, gajah- gajah kiteorang berkumpul while waiting for mereka yang membantu mat saleh tu.
Nothing happened to the couple

Untunglah driver gajah tu
Elok pulak staff kat situ bagi arahan suruh Kiss kat gajah-gajah tu, jadi tanpa buang masa, cik gajah pun terus kiss kami guna belalai die. Aiyooo geli sangat. Memang menjerit-jeritlah kiteorang bila belalai tu singgah kat tengkuk or even rambut. Mana taknya, die akan bagi hidung die...And hidung die ada air, maklumlah baru lepas berendam dalam lumpur. Then, bentuk die tu ada 2 lubang gitu. So agak lain macam sedikit. Don't think yellow-yellow hokey!
Balik je dari trekking yang aku rasa lama giler, kami kongsi duit beli pisang untuk bagi The Gajahs mamam. Time tu Nankid tengah menyusu ngan mak die, so kami bagi mak die jelah. Mampu bagi guna belalai die sahaja, even staff kat situ suruh bagi kat mulut. Tapi memang aku tak berani ye nak menyentuh bibirmu wahai cik gajah.
Only 50BHT to feed them
Banana time!
Mak gajah bagi anak-anak makan
Tak lupa jugak kawan-kawan mak gajah ye
Habis je bagi makan and bergambar, tibalah masa untuk elephant show. Katanya ini kakak Nankid. apa ntah nama die, tapi sexy macam Beyonce gitu heheh...Die ni perlu makan sebanyak 150kg sehari. No wonderlah badan kau meng-gajah kan...Weyyy, memang kalu ada manusia macamni, siannya, gaji hanya perlu beli foods je kan...
Bila show dah mula, macam-macam aksi yang die tunjukkan kat kami. Yang bagusnya, gajah ni boleh paham arahan dalam bahasa Inggeris je tau. Oh my English la kan? Tapi paling funny bila die boleh buat Gangnam Style.Cutie pie sungguh la akak Nankid ni. Show hanya memakan masa selama 15 minit je. Kalau lebih-lebih, gajah pun muntah uols. Silap-silap korang yang kena jadi bahan show pulak.
Kiss..Kiss..Kiss
Tengah-tengah tengok show, ada pulak yang bergelimpangan
6 of us with Nankid's sister
Habis show, dapat makan pineapple
Time's up and kami kena balik ke hostel. Oh lupe nak bagitahu pasal driver ni, nama dia Rashid, memang baik and sabar gitu ngan kiteorang. Kami plan nak mintak die hantarkan kami ke Krabi Town. Since harini Ahad kan, so ada night market yang famous di kalangan pelancong di sini. Die pun setuju dengan harga 100BHT seorang, kami pun terus ons lah.
Balik terus mandi and rehat sekejap. Pukul 5.00pm tepat, Rashid datang ambil kami untuk ke Krabi Town. Tapi before tu, kakak-kakak yang kami pergi trip pagi tadi pun nak join kiteorang gi night market jugak. So kami suruh Rashid ambil diorang dekat hotel Ao Nang. Sebenarnya, plan nak pergi Krabi Town ni adalah bertujuan untuk mencari Mini Pancake (Kanom Krok) yang menjadi idaman Arda since di Phuket lagi.
*Krabi Night Market hanya buka pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Malam sahaja.
So dah alang-alang nak cari, boleh explore pasar malam die sekali kan? Since perjalanan ke Krabi town hanya mengambil masa selama 30 minit, kiteorang pun sampai quite awal di mana semua stall baru nak susun barang. Tapi takpe, kami dah deal dengan Rashid untuk datang jemput kami pada jam 8.00pm. So berejam-jam lah boleh duduk kat Night Market ni sampai lebam.
Bukan orang sebenar tu
Parking motor
Krabi Night Market
Handmade leather ni cantik
Banyak T-Shirt kat sini
Handmade jugak
Suke these boys. Pandai cari duit dengan dance aje
Corn
Muslim food : Must try jugak. Ayam dia marvellous kebaboms
Looking at this uncle made me realized, never give excuses to survive. Salute you
Memang banyak handmade cantik-cantik. So creative
This one too
Dari hasil pemerhatian, memang barang-barang kat sini lagi murah dari Ao Nang street market tu. Kalau nak beli souvenirs yang lagi cantik and murah, better beli sini! Kami terus serbu halal food stall yang jual ayam goreng macam uncle bob in Malaysia. Tapi rasa die lagi sedap. Murah je. Memang should trylah. Dan akhirnya, kami jumpe pun kedai yang jual Mini Pancake tu. Habis semua borong siap bawak Malaysia lagi. Keles kannn?
Akhirnyaaaaaaaa....Dapat jugak jumpa benda alah ni
Mini pancake
Tapi dalam banyak-banyak yang paling aku suke, haruslah coconut ice cream with caramel sauce dengan harga 30BHT sahaja. Memang makan slow-slow sebab sedap sangat. Korang suma kena try tau bila sampai di Krabi Town Night Market ni.
Oh my favorite
Sedap giler! Korang mesti try
Convenient Store > Mesti masuk. Barang murah
Jam 8.00pm je, Rashid pun dah tunggu kat depan pintu masuk pasar malam tu seperti yang dijanjikan. While waiting for kakak-kakak tu sampai kami sempat lepak kat atas kereta die dan bergambar. Rashid ni memang layan je kerenah kami siap sempat belajar bahasa Thailand lagi uol. Baik betul tau die ni. Balik je dari Night Market kami memang plan nak makan-makan kat Halal Hawker di Ao Nang street (sebab ternampak time on the way ke Krabi tadi). So dah alang- alang nak gi situ, kami pun minta Rashid turunkan kami di Ao Nang je instead of hostel.
Kami sebenarnya nak surprisekan birthday girl, Arda dengan pancake. Maklumlah, katanya nak celebrate ala Krabi kan. Ha makanlah pancake 3 tingkat yang kami beli ni.hahahha! Keles tak? So aku, Azlina and Ain pergi beli dulu and the rest tunggu je kat kedai. Malam tu memang bergegar area kedai tu dengar suara aku nyanyi Happy Birthday. Semangat katanya kan...Hahah bila pikir balik buat malu je tau buat perangai camtu.Tapi untuk rakan tercinta nya birthday, relax jelah...
Behind the scene
Birthday girl dengan panCAKE nye
From us and the one who captured this picture (Fifie) with love
Habis je makan- makan, kami terus berjalan ke area street tu untuk cari airport transfer. Dan untuk pengetahuan korang, kami beli tiket ke Phuket dan balik ke Krabi. So macamni lagi senang, tak payah nak bazir masa patah balik. Since aku berdua je dengan Fifie yang akan balik petang, jadi kami pilih untuk menaiki taxi je. Harga untuk 2 orang 600BHT. Manakala diorang naik minivan beramai-ramai dengan harga yang lagi murah lah kan bila berkongsi 4 orang. Itulah bila flight lain-lain ni, masing-masing ada pros and cons :)
Back to this shop untuk beli few barang lagi
Cabaret show dengan harga tiket 500BHT/person. Tak masuk pun. Dari luar dengar lagu Awallah Dondang
On the way balik, lagi 3 orang nak pergi berurut, while aku, Fifie and Azlin dah penat and nak chow je balik hostel. Balik-balik aku terus kemas barang and tido. Tau-tau dah pagi and dorang pun dah balik KL. Tinggallah aku and Fifie dua orang. Jadi, lepas mandi, kami terus makan di pantry berdua sambil dengar ramai mat saleh berborak pasal travel dorang.
Final morning in Glur Hostel
Luckily, aku dengar good responses from them about Malaysia.Terus rasa proud sangat jadi Malaysian :) Habis makan, aku golek-golek dulu dengan Fifie dalam bilik. Terasa malas nak pergi jalan-jalan lagi sebab pukul 12.00pm nanti taxi akan datang jemput.
Habis je bersiap kami terus check out and serahkan kunci bilik. Rasa macam taknak balik pun ade ni. Tapi itu semua dah biasakan...Esok keje wey jangan mengadalah nak stay-stay lagi. So bila taxi sampai, kami terus menuju ke airport. Yang driver jemput kami ni, owner kepada travel agency yang kami booked. So merasalah dapat naik kereta tokei. Wahahahah!
Since tak muat, pekerja dia kenalah duduk macamtu
Noy-Tokei travel agency
By Krabi
Sampai di airport Krabi, kami check in baggage and terus tunggu di departure room untuk flight balik pukul 2.25pm. Selamat sampai di LCCT pada pukul 4.20pm waktu Malaysia. Syukur Ya Allah kerana permudahkan segalanya.
Kira tamat sudah cerita aku di Phuket dan Krabi. Thanks a lot pada mereka yang mendoakan perjalanan kami berenam. Dan untuk the girls, thanks jugak sebab sudi ikut aku sampai ke Phuket and Krabi. For those yang plan nak pergi Phuket and Krabi, korang boleh email untuk sebarang pertanyaan. Insyallah, aku reply ye :)
Labels: Krabi, Phuket