Time nak jalan masuk ke bus stand, Shima tersalah masuk tau, tetiba ada mamat ni cakap, Oi! Oi! asbabdbhrndnsir!!hsh@@@.... Dalam bahasa die, terus maki Kak Mah. Kiteorang memang terkejutlah time tu. Rupanya die nak bagitau yang kiteorang salah masuk. Untunglah, nak tunjuk arah yang betul pun kiteorang kena marah huhu... Tapi sebenarnya attitude dorang memang macamtu...Suke cakap dalam nada marah kekdahnyaaaa....
Lebih kurang 10 minit tunggu, bus pun datanglah. Apa lagi sesi berebut-rebut itu menjadi kewajipan kami dan tidak lupe kepada mereka. Dengan hanya 1Yuan/RM0.50 korang boleh naik bus untuk menuju ke Tiananmen Square. Memang betul cakap orang trishaw tu, jauh sungguh kalau nak jalan kaki. Mau keras tak bergerak kalau nak berjalan jugak. Dalam 5 minit perjalanan, sampai jugak kat depan area subway station Tiananmen Square.
Macamane kiteorang tau itu Tiananmen nye stop... Senang je, nampak orang turun ramai-ramai. Apa lagi ikut jelahh...Huhu...
Me in the bus to Tiananmen Square
Time turun tu, memang ramai sangat orang depan dataran Tiananmen tu. Kiteorang sempat snap 2-3 gambar then terus bergegas berjalan ke Forbidden City. Cuaca memang makin sejuk. Jadi, nak berjalan tu pun agak slow sikit. Bila sampai kat entrance Forbidden City, kiteorang terus naik ala-ala taxi yang dorang provide untuk bawak ke hujung jalan untuk menuju ke Nanheyan Dajie.
Tried my best to copy security style at the back
Football field
Looks yummy but sadly I didn't tried
Trolley to Nanheyan Street
Bila dah ade kat area Nanheyan Dajie, perut pun dah rasa lapar. Just nice je time tu sebab ade kedai Muslim yang betul-betul terletak kat area situ. So kiteorang pun apa lagi, terjah je. Time masuk dalam kedai tu,semua mata terpana tengok kiteorang berempat. Die nye situation time tu,macam Britney Spears datang masuk bawak dancers and perform lagu Hit Me Baby One More Time. Tapi tak sempat habis perform, Britney dah lapar and nak sangat makan. Ha gitulah cara dorang tengok kite katanya.
Kiteorang try abaikan cara dorang tengok kite. Biasalah tu bila kita datang tempat orang, memang akan ade respond yang macam tu kan....All of us terus cari tempat duduk and terus tunduk je. Takpela uols, I memang rela ditatap sebegitu rupaaaa...Tak lama lepas tu, owner kedai datang bagi menu.Tapi aku terus panggil balik orang tu sebab menu yang die bagi semua dalam bahasa cina. Nasib baiklah owner die pandailah sikit-sikit cakap English, so kiteorang just mintak apa yang kiteorang nak. Macamane kiteorang boleh tahu apa yang kiteorang nak makan, senang je. Tengok orang sebelah and just tunjuk je nak makan apa...
They all masak pun tak lama, kejap je. Then makanan pun sampailah kat meja kami berempat. Sekali tengok, fuh memang banyak gile portion die bagi. Ini confirm tak habis ni. 1 plate can be shared for two. So next time kiteorang pergi, memang 1 plate je lah. Apa yang aku perhatikan, makanan die memang sama sebijik macam kedai Mee Tarik kat Sungei Besi tu. Owner kedai tu pun cina Muslim jugak. Jadi takdelah culture shock sangat bila dapat food tu. Kirenya boleh makan dengan tenang tanpa sebarang complaints. Average price untuk seorang makan ialah RM10. So worth it lah sebab kiteorang makan pun sekali sehari.
Portion untuk seorang
Keluar je dari kedai tu, kiteorang perlu berjalan dalam 5 minit untuk ke Sunrise Hostel. Time sampai hostel pun dah around 2.00pm. Tujuan kiteorang balik hostel tu pun sebab nak tambah lagi tambah ketebalan baju, scarves and socks huhu...Sebab mesti lepas ni lagi sejuk kan? Gitu, dah macam kek lapis Sarawak dah kiteorang ni.
Around 2.30pm tu, kiteorang keluar bilik and terus ketuk bilik K.Yong, yang letaknya sebelah aje dengan bilik kiteorang. Ketuk lama jugak sampailah K.Yong cakap, "Sorry, aku tertido lahh". Wahhh! Patutlah lama sangat nak bukak pintu. Last-last kiteorang cakap, "Aku and Shima tunggu kat lobby." Tak lama lepas tu, K.Yong datang kat lobby and die cakap die tak dapat nak ikut atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Makanya, aku and Shima lah berdua berjalan beriringan untuk ke destinasi seterusnya : Temple of Heaven. Dah macam Destinasi Cinta lah pulak kan, pergi berdua-duaan hahahah! Takpelah, nak buat macamane right? So dengan berbekalkan doa dan map yang ade, kami pun berjalan lah menuju ke station Wangfujing.
Tapi bila pikir balik, berani betul Cik Pora and Kak Mah berjalan berdua kat negara orang ni kan? Kalau ibu tahu ni, mau kena bebel 2 hari 1 malam tau! Tapi sometimes negara sendiri pon kami tak berani camtu...Cuba kalau kena gi jalan sorang-sorang kat Chow Kit, mau awal-awal lagi dah reject taknak pergi. Bukan apa, manusia sekarang ni makin ganas. That's why kena berhati-hatikan. Dan bila berada di negara orang ni, satu jelah yang kami amalkan iaitu, berTAWAKALlah!. Sesuai kan dengan nama travel agency verangan kiteorang, Tawakal Agency.
Cuaca time tu memang semakin sejuk seperti yang dijangka. Kiteorang paling takut kalau sesat sebab time pun dah menunjukkan pukul 3.00pm. Temple of Heaven pulak tutup pukul 5.00pm. Takutlah kalau tak sempat nak masuk, setakat tengok dari luar je... Penat lah kiteorang jalan dalam cuaca yang sejuk giler tu kan.
But kiteorang tak sesat pun. Turun je dari station Tiantan Dongmen Subway Station Line 5 and terus menuju ke Exit A, terus nampak entrance Temple of Heaven. Pendek kata, bangunan ni betul-betul sebelah subway station. Jadi, takde masalah untuk naik subway. Memang senang je nak pergi.
Bila dah sampai sana, kiteorang bayar 20Yuan/ RM10 untuk tiket. Mungkin tiket RM10 ni hanya untuk berjalan-jalan dalam ni je. Sebab kalau nak masuk dalam kawasan temple ni, kite kena bayar harga lain which is aku lupa harga tiketnya. Kiteorang pun memang taknak masuk area temple tu sebab dah lewat sangat kan. Kang kalau gelap, sesat pulak, mau nangis duk tepi jalan dua-dua orang ni haaaa...
Ticket to Temple of Heaven
Masuk je dalam kawasan ni, korang akan dihidangkan dengan suasana yang taman yang sangat romantik tau...Kawasan die besar and cantik sangat! Untuk pengetahuan korang, temple ini dibina pada tahun 1406 hingga tahun 1420 sewaktu zaman pemerintahan Maharaja Yongle. Beliau jugak bertanggungjawab untuk melaksanakan pembinaan bagi Forbidden City, Beijing.
Me.at.ThePark.
The Sun.
Can you spot something at my back?
Dalam kawasan Temple of Heaven tu terdapat 3 jenis temple utama seperti Temple of Sun, Earth and Moon. Temple ni jugak turut tersenarai dalam UNESCO World Heritage Site pada tahun 1998.Jadi memang worth it untuk melawat Temple of Heaven ni jika anda semua berkesempatan berada di Beijing.
Apa yang diperhatikan di Temple of Heaven ni, ramai sangat warga-warga emas yang datang untuk habiskan masa bersama geng-geng emas dorang dengan bermain cards dan juga bersukan.Terus terpikir betapa bagusnya dorang ni sebab habiskan masa petang-petang yang sejuk ni dengan aktiviti yang berfaedah. Kalau kat Tasik Permaisuri tu, dapatlah kite tengok 30% of visitors yang beriadah. yang selebihnya, apa lagi duk makan keropok, sengkuang, steamboats, kebab dan macam-macam lagi.Berbeza culture kita dengan diorang ni sebenarnya :)
Senior citizens at the park
Colourful cards
Me and Shima
Sepanjang kiteorang kat dalam tu, banyak masa yang kiteorang spent untuk enjoy view and moment yang memang susah nak dapat kat Malaysia. Dan apa yang paling best, kat sepanjang jalan yang kiteorang lalu tu, die akan mainkan muzik yang romantik gitu.Biasalah, kiteorang ni kan memang kaki sibuk sikit. Ada je benda yang menimbulkan kesangsian bersama...
Time dengar muzik tu, ada jugak terpikir yang bunyi tu datang dari speaker yang boleh cover semua kawasan dalam park ni. Tapi takkanlaaa dalam satu masa, speaker ni boleh tukar-tukar lagu ikut kawasan mana yang kiteorang lalu. Maksudnya, bila kat depan Hall of Prayer for Good Harvests, keluar lagu lain. Dekat tempat lain lagu lain... Tak mungkin right?
Lepas kiteorang buat research katanya, barulah perasan yang setiap tiang lampu kat situ ade speaker... Jadi memang logikla bila muzik tu main ikut tempat yang kiteorang pergi... Canggih laaa tu kann...Pandai betul nak create something romantic dengan cara yang paling best!
Dah habis tawaf satu kawasan, hari pun dah semakin gelap even time tu baru menunjukkan tepat pukul 5.00pm. Kiteorang takut jugak, tempat tu tutup and tinggalkan kiteorang dalam tu 2 orang. mau jadi snow women lah kiteorang. Tak larat dengan sejuk yang melampau. Time tu kalau nangis pun, memang tak kuar nyeee. Dah beku!
The View
Before keluar tu, kiteorang sempat singgah toilet kat situ. Apa yang best, toilet die ade 3 jenis. Means diorang provide toilet untuk Male, Female and Unisex. Kalau toilet kat Malaysia camni,takde epok-epok and pengkid masuk toilet jantina asal segan and malu-malu gitu... *peace*
Kami berjalan pulang untuk menuju ke hostel di Wangfujing area. Sampai je kat situ, kiteorang amik exit C seperti biasa. Of courselah time tu dah gelap gelita kan. Tapi time berjalan keluar tu, we ols ternampak banyak sangat lampu meriah macam kat depan Pavilion.
Jadi tanpa berlengah lagi, terus jalan gi kat area tu. Kiteorang expect ni mesti Wangfujing Street yang famous dengan shopping heaven tu. Yes, we were right!Kat sini memang macam-macam ada. But mostly, semua barang high end gitu. Tapi yang paling unik, ada Night Market near Donghuamen Street yang jual makanan-makanan exotic uols. Macam-macam jenis ade, cuma korang tahan dengan bau die atau tak, nasiblah kannn...
This is Wangfujing street
Exotic snacks, anyone?
Kat sini jugak ada pharmacy tau. Mesti ramai pelik, apa lah masalah gi negara orang cari pharmacy. Al maklumlah, kiteorang ni tak pernah merasa backpacking dalam cuaca sejuk terlampau ni ha. Jadi, untuk re-energize balik kaki, Kak Mah memerlukan koyok yang berkotak-kotak. Kalau tak, camane nak tunjuk gambar *peace* di Great Wall nanti kat orang-orang kampung kan? Tapi bagus jugak beli koyok tu, sepanjang kat sana, memang Kak Mah ratu koyok wakil dari Malaysia lah. Takde sapa boleh challenge bau koyok die ahhahaha... Jangan marah babe!
Dah habis membeli belah di pharmacy,kiteorang singgah pulak kat Starbucks. Bila cuaca sejuk ni, air panas jelah yang mampu menghilangkan kesejukkan satu badan ni ha. Jadi apa lagi tapau coffee satu and terus balik. Kiteorang ni sebenarnya nak explore jalan shortcut balik hostel. Malas nak patah-patah balik ke subway tu. Since dah half-way to hostel kiteorang pun.
Jadi kiteorang main teka je jalan mana yang agak-agak macam betul. Tapi please janganlah tiru perangai kiteorang. Bahaya. Sebabnya jalan yang kiteorang lalu tu, sangatlah gelap and non-hado orang. Jalan pulak berdua.perempuan.suci.lagi *motif???ahhahah* So memang bahaya sangat-sangat. Time lalu tu, memang kiteorang gunakan speed yang paling maksimum sebab dua-dua takut sebenarnya. Yelah, kalau jumpa yang loncat-loncat, bolehlah amik receipt Starbucks tadi, tampal je. Tapi kalau orang, camane? Dah lah tak paham bahasa die, mau menangis la dalam bahasa cina. Boleh ke?
Time jalan tu, kiteorang rasa lega sikit bila nampak simpang kecik. So kami pikir, even kiteorang lost pun, kiteorang takdelah takut sangat. At least ada lampu and orang, takdelah takut sangat nak pikir mana jalan yang betul. Tapi bila tengok lama-lama jalan tu, aku and Shima rasa, jalan ni macam betul. Cuma ni kan first time kiteorang bergelap kat area sini. So it looks so unfamiliar gitu.
Dan syukur sangat takde apa-apa jadi time tu. Sebab kiteorang tak sesat pun. Lintas je jalan, terus cakap, jangan la ikut jalan tu lagi. Scary gile weyyyy! Sampai je hostel, terus bersihkan diri and buat sume benda yang wajib. Plan untuk esoknya pun, kena baca jugak. Directions, line apa nak turun, timetable train and keperluan untuk cover diri dari sejuk yang amat sangat. Bila susun semua baju atas katil, terus terasa diri cam hanger baju uols. Berlapis-lapis. Untunglahhhh kan!
Memang baju and seluar kiteorang kena prepare awal-awal. Letak atas katil siap-siap. Nak tahu sebabnya? ahhahah! Bersedialah tengok kiteorang atas bawah. Okay. 1st sebab cuaca sejuk yang teramat sangat. So kiteorang siap pakai baju dalam blanket uols. Tak tahan gile menahan sejuk tu. and 2nd. Kiteorang rasa sejuk yang terlampau adalah sebab kiteorang tak tahu tentang kewujudan HEATER kat dalam bilik tuuuuuu....Okbai!
Hahaha,memang aku dah try on heater tu, tapi disebabkan setting dah lari. Jadi heater dalam bilik tu memang tak panas langsung! Makanya, kami bersejuk-sejukan dan menggigil lahhh dalam bilik sepanjang 2 hari yeeee...Haha, memang award gadis-gadis gigih di Beijing dapat kat kiteorang!
Malam tu, sebelum nak tido dalam 2 lapis blankets, sempat jugak layan satu drama pasal perempuan kaya kahwin dengan lelaki kampung kat channel dorang. And citer tu jadi favorite kiteorang tiap-tiap malam ye...Nama cite tu kalau tak silap - Dongxe Fuqi. Memang layan gile cite tu. Even takde subtitle,takpe. Kiteoranglah director and script writer nya. Yang penting cite ni buatkan kiteorang tidur lena setiap malam...
Bersambung lagi tau....