My Favorite Dahil May Isang Ikaw



Sebenarnya dah lama sangat tak jadi fanatic fans for soap drama. Masih ingat lagi time muda-muda dulu, suka sangat tengok cite Filipino - Pangako Sayo. Weyyyyy! Seriously tak leh miss langsung cite ni. Time tu tahun 2003/2004, masih lagi kat boarding school. Warden mana bagi tengok TV on weekdays. Only weekends je semua student dibenarkan untuk tengok TV. Tapi time tu, cite tu tayang on weekdays je and kalau ada pon budak2 ni sume tengah gile tengok Akademi Fantasia. Memang takde chance nye.

Disebabkan telah mengikuti cite tu dari episod pertama, balik je sekolah, tukar baju and terus turun bawah bukak TV diam2. Me and Suraya (room mate) plan baik punyer. Dia jaga kete Jamil (warden) dekat pintu foyer, while me duduk depan TV siap2 letak jari kat power button. Sound memang tak bukak. Takpe. Sebab ada subtitle. So if Jamil gegar tetiba, kiteorang dah standby siap2 nak lari. Itulah activity kiteorang everyday sampailah cite Pangako Sayo tu habis. Luckily, Jamil tak tahu pon hehe

                                     
Since mmg dah minat dgn perfect couple  Pangako Sayo  ni (Jericho Rosales and Kristine Hermosa), sume cite dorang kene tengok. Sebab dorang in reality memang an item pon. Tapi dululah! and dorang berlakon together pon sampai last drama, Sanay Wala Nang Wakas. And during shooting cite tu jugak, dorang break. It was 5 years ago. Until 2010, dorang team up balik untuk new drama - Dahil May Isang Ikaw just for their beloved fans. Awww so sweet of you guys!

Even cite ni dah keluar kat Filipina tahun 2010, I just got a chance to watch it because of Astro Bella 133. I must admit, Filipino soap drama tetap umphhh la. Masih seperti dulu gitu. Bila tengok Jericho and Kristine berlakon as sweet romantic couple, terus teringat cite2 popular dorang. Memang professional sungguh even dah broke up few years ago, dorang still bawak watak dgn sebaik- baiknya.

Okay jom kita baca apa yang best sgt dengan drama ni.

Casts for Dahil May Isang Ikaw


Cite ni berkisahkan tentang 3 sekawan time kecik, Miguel, Melissa Angela (Ella) & Red/ Pip yang merupakan anak terbiar di jalanan. Mereka mulakan hidup dgn keadaan yang serba naif. Namun, dorang terpisah bila Ella ni diambil sbg anak angkat kepada Jaime & Patricia Alferos. Tak lama kemudian, Miguel and Pip pulak diambil sbg anak angkat kpd seorang peguam terkenal, Tessa Ramirez & hasben dia yang 'can do', Daniel.

Sebelum dorang berpisah, sebenarnya Miguel and Ella ni dah ada rasa sayang. Yelah cinta time kecik2 kan. Miguel siap bg topi kalau2 Ella hilang, bolehla jumpe kat satu taman. Then Miguel tulis alamat taman tu kat atas satu topi Pink. Tapi Ella ni buta huruf, tak reti membaca kekdahnya.

Bila masing2 dah besar, Miguel dan Ella berjaya menggapai cita2 yg diimpikan sejak kecil utk menjadi seorang peguam. Tapi, dorang tak kenal  each other and selalu bergaduh. Dipendekkan cite, mereka jumpa jugak akhirnya di taman tu and then dorang kawen. Banyak jugak halangan, tembak menembak, bunuh membunuh sebelum dorang ni nak bahagia.

Dan ending dia sgt best bila Tessa jumpa balik anak luar nikah die dgn Jaime, Melissa yg hilang akibat diculik oleh Daniel & Patricia. Anak yang die cari sebenarnya Ella. Selama ni, puaslah dok cari anak dia ni, rupenye, menantu sendiri kann. Bagus betul storyline dia. Even Astro Bella banyak cut-cut cite ni utk cepat habis, but I still enjoying every single episode.


Reunite as a loveteam, still pretty and handsome

Candid : During the wedding

Attorney 1 and Attorney 2 in action


For me, cite Filipina ni banyak portray real life dorang. From corruption, crime, status, family, friendship to love, they are really good in potraying the truth.Plus, jalan cerita dorang tak terikut2 sgt kepada Hollywood. Kalau nk compare actor/actress dorang, memang sgtlah berbakat. Even watak orang gaji pun, takdelah duk bawak air, cuci2 habuk atau duk tolong potong bawang bagai kan. Dorang explore & bawak watak tu lebih dari tu.

Kalau Kristine Hermosa tu, tak payah cakapla kan, memang letops lakonannya. Dahlah memang cantik melepak-lepak kan, kalau berlakon tu, memang real habislah. Takde cover2. Nangis sampai bengkak2 mata pun takde hal nya. Still cantik even camne pon. Sememangnya, beliau dipilih kerana bakat dan pakej yang ada. Beruntung Philipines dapat someone yang berbakat macam ni.

 Beautiful Kristine


Oh takkan ku lupa pada my Jericho...Ha! even dah early 30s, anda still kacak macam dulu. Die ni pun, sangat2 berbakat, nyanyi pandai, berlakon pon pandai, menari pon sexy okay. Talented handsome man sungguh! Gigih follow Twitter and Facebook dia sebab nak tgk photo2 update die (Stalker kan?). Kalaulah dia kawen dgn Kristine, mmg perfect couple on earth lah. But takpe Echo, I tunggu u ya...

Oh my so yummy Jericho Rosales


Okaylah, penat sudah nak pok pek pok pek. Last but not least, i would love to see Malaysian drama yang betul2 hits sampai kita boleh bawak drama kite ke luar negara. Even though, drama2 Filipina, Mexico, Venezuela, Korea menggunakan bahasa yang lain dari kita, tapi they all still mendapat tempat di hati peminat di Malaysia. Jika kita tak boleh ikut teknologi mereka, why not kita bawak identiti kita & show them we also can, rite?

Pikir- pikirkanlah.